Academic supporting system (ACASS)

PENGENALAN

Academic supporting system (ACASS) dibangunkan bertujuan untuk mewujudkan satu platform yang bersifat sistematik bagi memudahkan para pegawai, pensyarah, pelajar dan ibu/bapa membuat capaian informasi semasa berkaitan di Unit Akademik ,Unit Pepeperiksaan, dan  Akreditasi  di Kolej Komuniti Pasir Mas. 

PEGAWAI PEPERIKSAAN

(SALIMAH BINTI AZHARI)

Unit Peperiksaan dan Penilaian adalah merupakan suatu pusat yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan. Unit ini diketuai oleh Pegawai Peperiksaan dan dibantu oleh Penyelaras Peperiksaan bagi setiap program. 

KETUA PROGRAM SPP

(NOOR AZIZAH BINTI  MOHD HASSAN)

Ketua Program bertanggungjawab merancang dan menyediakan perancangan strategik bagi pengurusan akademik dalam mencapai Course Learning Outcome (CLO) dan Programe Learning Outcome (PLO) bagi setiap kursus yang ditawarkan dari masa ke semasa bagi melahirkan graduan TVet yang berkualiti tinggi. 

UNIT AKREDITASI DAN PENA

(WAN FARAH AIDA BINTI  WAN ABDULLAH)

Akreditasi diperlukan bagi menentukan tahap kualiti penawaran sesuatu program pengajian. Perolehan akreditasi merupakan salah satu komitmen berterusan institusi dalam memastikan bakal graduan yang dilahirkan memenuhi keperluan standard dan piawaiaian yang ditetapkan. Maka unit ini perlu ditubuhkan bagi membantu institusi politeknik & kolej komuniti untuk memahami keperluan standard yang ditetapkan dan secara langsung bersama-sama dalam usaha untuk mendapatkan perakuan akreditasi.


 

KOLEJ KOMUNITI PASIR MAS

LOT PT 3302-3307 TAMAN SRI KOTA, PASIR PEKAN, 

16250 WAKAF BHARU, KELANTAN


NO. TELEFON: 09-7185911

NO. FAKS: 09-47185900