WAN FARAH AIDA BINTI WAN ABDULLAH
PPPT DH 52
019-9374142
PENGENALAN
Akreditasi diperlukan bagi menentukan tahap kualiti penawaran sesuatu program pengajian. Perolehan akreditasi merupakan salah satu komitmen berterusan institusi dalam memastikan bakal graduan yang dilahirkan memenuhi keperluan standard dan piawaiaian yang ditetapkan. Maka unit ini perlu ditubuhkan bagi membantu institusi politeknik & kolej komuniti untuk memahami keperluan standard yang ditetapkan dan secara langsung bersama-sama dalam usaha untuk mendapatkan perakuan akreditasi.
Lawatan Penanda Aras KK Kelantan sempena Persediaan Lawatan Akreditasi Pematuhan MQA ke Kolej Komuniti Pasir Mas pada 09 Februari 2022
Kolej Komuniti Pasir Mas menerima kunjungan Kolej Komuniti Kok Lanas dan Kolej Komuniti Jeli untuk sesi perkongsian berkaitan amalan baik dari aspek penyediaan dokumentasi akreditasi, fasiliti program dan persediaan lawatan MQA.