NOOR AZIZAH BINTI MOHD HASSAN
PPPT DH 44
019- 9102412
PENGENALAN
Ketua Program bertanggungjawab merancang dan menyediakan perancangan strategik bagi pengurusan akademik dalam mencapai Course Learning Outcome (CLO) dan Programe Learning Outcome (PLO) bagi setiap kursus yang ditawarkan dari masa ke semasa bagi melahirkan graduan TVet yang berkualiti tinggi.
Program Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP) merupakan program sepenuh masa peringkat sijil yang ditawarkan dalam tempoh dua tahun, iaitu tiga semester pengajian dan satu semester latihan industri. Program ini menyediakan dan membekalkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan amalan pengoperasian perniagaan selari dengan keperluan industri. Program ini turut mendedahkan kemajuan teknologi dan budaya inovasi bersesuaian dengan perkembangan dan kemahiran berkaitan aspek perniagaan, keusahawanan, perakaunan, statistik dan ekonomi. Pelajar turut menjalani latihan industri sebagai persediaan awal bagi memenuhi keperluan pasaran kerja.
Program Sijil Pengoperasian Perniagaan adalah program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran secara teori dan praktikal dalam bidang pembangunan sumber manusia, pemasaran, perakaunan dan kewangan, ekonomi perniagaan dan pengurusan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Setiap individu mempunyai potensi untuk menjadi usahawan yang bertanggungjawab dan berdaya saing bagi menyokong agenda negara untuk mendepani cabaran dunia perniagaan masa kini.