MAKLUMAT PEO DAN PLO

OBJEKTIF PROGRAM /PROGRAMME EDUCATIONAL OBJEKTIF (PEO)

Sijil Pengoperasian Perniagaan mampu melahirkan graduan yang berupaya:


PEO1

Mengaplikasikan teori asas dan pengetahuan praktikal dalam perniagaan selari dengan keperluan dan perkembangan teknologi semasa.

PEO2

Menunjukkan kemahiran keusahawanan dan asas operasi perniagaan yang berkaitan dalam pelbagai organisasi.

PEO3

Mengaplikasikan asas teknologi digital dan kemahiran pengiraan untuk menyokong fungsi perniagaan.

PEO4

Menunjukkan kemahiran kerja berpasukan, komunikasi dan interpersonal serta sikap bertanggungjawab dalam kemajuan kerjaya.

PEO5

Mengaplikasikan kemahiran kendiri secara berterusan dan etika profesionalisme dalam persekitaran pekerjaan dan sosial


HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM/ PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO):

Pada akhir pembelajaran program ini, pelajar dapat:

PLO1

Menerangkan pengetahuan asas berdasarkan fakta, konsep, prinsip dan teori dalam mengurus aktiviti perniagaan.

PLO2 :

Mengaplikasikan pengetahuan asas perniagaan untuk menyelesaikan masalah dalam mengendalikan aktiviti perniagaan.

PLO3 :

Menunjukkan kemahiran teknikal di dalam organisasi yang berbeza.

PLO4 :

Menunjukkan kebolehan berinteraksi secara berkesan untuk membina hubungan baik dalam menguruskan aktiviti perniagaan.

PLO5 :

Mengamalkan kemahiran komunikasi secara berkesan dengan rakan sekerja, majikan serta komuniti.

PLO6 :

Mengaplikasi teknologi digital yang berkaitan dalam menguruskan aktiviti perniagaan.

PLO7 :

Mentafsir data grafik dan berangka menggunakan peralatan yang sesuai.

PLO8 :

Mengamalkan kemahiran kepimpinan dalam mengurus pasukan dan bertanggungjawab dalam organisasi.

PLO9 :

Membina kemahiran kendiri untuk pembangunan diri dan perkembangan kerjaya.

PLO10:

Menunjukkan pengetahuan dan kemahiran asas keusahawanan dalam aktiviti perniagaan.

PLO11:

Mengamalkan sikap profesionalisme, positif dan nilai beretika dalam penglibatan aktiviti kemasyarakatan dan pihak berkepentingan.

PEMETAAN HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO) KEPADA OBJEKTIF PROGRAM (PEO)