PENGURUSAN AKRAB
PENGENALAN
Apa itu AKRAB?
AKRAB merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai pembimbing rakan sekerja sepertimana yang dikehendaki dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18/2005.
AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak, Bestari yang merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing.
AKRAB juga merupakan penjenamaan semula versi rakan pembimbing, pembimbing rakan sekerja, pegawai khidmat nasihat, pegawai khidmat kaunseling dan pelbagai nama yang merujuk kepada peranan sebagai rakan pembimbing di agensi.
AKRAB merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam.
PERANAN DAN ETIKA AKRAB
Peranan AKRAB
Menjadi rakan yang peka kepada perasan orang lain dan keadaan sekeliling.
Memberi sokongan kepada perubahan yang lebih baik.
Sumber kepada rakan untuk berkongsi permasalahan.
Memperkuatkan semangat rakan yang ingin berubah.
Etika AKRAB
Amanah dan menyimpan rahsia.
Menerima dan menghormati orang lain.
Memahami batasan dan keupayaan diri.
Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran daripada pelbagai aspek.
Melaporkan kepada pegawai psikologi tentang kes yang boleh merosakkan diri dan orang lain.
Merujuk kes/permasalahan yang rumit kepada pegawai psikologi.
Memahami peratuan dan etika perkhidmatan awam.