PENGURUSAN PRSd
Pengenalan
Pembimbing Rakan Siswa merupakan kumpulan khidmat sokongan yang terdiri daripada pelajar guru IPG. Kumpulan PRS ini dilatih dan dilengkapi dengan kemahiran asas sebagai pembimbing agar dapat berfungsi secara efektif membantu pelajar guru yang memerlukan sokongan dan bantuan dengan menggunakan Modul Pembimbing Rakan Siswa IPG.
Pembimbing Rakan Siswa (PRS) IPG berperanan membantu rakan siswa yang memerlukan sokongan dan panduan dari segi mental, sosial, emosi dan pemikiran di samping membantu kesejahteraan diri sendiri. Hal ini kerana khidmat sokongan dari rakan membantu rakan dilihat sebagai satu perkhidmatan awal bagi pelajar yang memerlukan bantuan sebelum berjumpa Kaunselor. Oleh yang demikian, pembentukan PRS di Institut Pendidikan Guru mampu menjayakan aspirasi Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM iaitu bersama mencipta kesejahteraan modal insan.
Selain itu, PRS-IPG berperanan sebagai “Role Model” dan pemudahcara pada setiap masalah yang timbul dalam kalangan rakan sebaya. Kelompok umur yang sama membolehkan khidmat menolong dapat dilaksanakan dengan baik dan mudah untuk capai matlamat. Disamping itu juga, PRS-IPG berfungsi sebagai penghubung jalinan antara UPsK IPG dengan pelajar guru bagi menjayakan perkhidmatan bimbingan di IPG yang merangkumi peningkatan akademik, pembangunan sahsiah diri, perkembangan diri dan komunikasi berkesan.