Inventori DASS dipelopori oleh Lovibond, S.H. & Lovibond, P.F. (1955) dalam Manual for the Depression Anviety Stress Scale (2nd Edition) Sydney, Australia. Inventpri ini adalah dalam kategori klinikal dan digunakan untuk saringan dan diagnosis pesakit di pusat kesihatan.
DASS asal mengandungi 42 item soal selidik dan telah diterjemah dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. Versi pendek DASS 21 pula mengandungi 7 item setiap skala / kategori.
Inventori DASS digunakan untuk mengukur tahap tekanan (stres), tahap kebimbingan (anxiety) dan tahap kemurungan (depression).
Ujian Gaya Daya Tindak (UGDT) digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) dalam Modul Minda Sihat. UGDT mengandungi 42 item soal selidik.
Gaya Daya Tindak (Coping Skills) adalah strategi untuk membantu individu berhadapan dengan pelbagai situasi sukar serta menangani emosi negatif yang menggangu pemikiran.
Masukkan semua butiran peribadi yang diperlukan.
Sila masukkan alamat email yang aktif dan betul kerana analisis skor jawapan akan dihantar ke alamat email tersebut.
Baca arahan dengan teliti sebelum mula menjawab item yang diberikan.
Masa menjawab adalah selama 15-20 minit sahaja.
Sila berjumpa kaunselor anda untuk penerangan berkaitan skor jawapan yang diperolehi.