Pada 2-5 Ogos 2024, telah berlangsungnya Simposium Inspirasi PRSd IPGM KPM di IPGM Kampus Raja Melewar. Tahniah kepada Nur A'fifah Najwa Binti Mohammad Kamal dan ahli kumpulannya kerana telah berjaya memenangi Pingat Perak di dalam Pertandingan Inovasi Minda Sihat yang diadakan. Pasukan di bawah bimbingan Pn. Siti Ainani binti Abd Razak ini telah mempertandingan inovasi bertajuk Relaks Beg. Ini juga merupakan projek pertama PRsD yang berjaya mendapat perhatian para juri. Tahniah sekali lagi.
Pada 21-22 Ogos 2024, Unit Psikologi dan Kaunseling IPGMK PM telah menyertai Seminar Penyelidikan PedaTEd Zon Selatan bertempat di ELTC dan membentangkan kajian bertajuk Kesediaan Guru Pelatih di Sebuah Institusi Pendidikan Guru Terhadap Penempatan Mengajar Bukan Pilihan. Pembentangan juga telah disampaikan oleh Puan Siti 'Ainani binti Abd Razak selaku ketua penyelidik.
Pada 7-8 Ogos 2024, Unit Psikologi dan Kaunseling IPGMK PM telah menyertai Pertandingan Inovasi dan Kreativiti Psikologi dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan KPM Tahun 2024 yang telah dianjurkan oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM. Pembentangan disampaikan oleh Pn. Noratiqah Sulaiman selaku Ketua Projek dan telah dinilai oleh 3 orang ahli panel yang dilantik khas. Tahniah atas penyertaan kali pertama ini.
ANUGERAH EMAS (KATEGORI ALAT TERAPI)
Melalui Inovasi 'My MoodMap' yang dipertandingkan, UPSK telah berjaya mendapat Anugerah Emas (Kategori Alat Terapi) yang mana hadiah telah disampaikan oleh Tuan Hj Azman Adnan (KPP KPM) semasa Persidangan Kaunselor Pendidikan KPM Tahun 2024.