PROPOSAL GUIDELINE
DFT50114
DFT50114
PROPOSAL CONTENTS
PROPOSAL FORMAT
Berikut adalah format untuk menyediakan Kertas Cadangan dan Laporan Akhir Projek. Kesesuaian penulisan projek perlu dirujuk kepada Penyelia Projek yang berkenaan. Maklumat lanjut dalam bentuk ilustrasi seperti di LAMPIRAN H: FORMAT UMUM LAPORAN AKHIR PROJEK.
1. Kertas dan Saiz
Gunakan kertas yang berwarna putih saiz A4 (210 mm x 297 mm) yang bermutu tinggi (80 gram).
2. Jidar (Margin)
Pada amnya jidar adalah sama bagi setiap muka surat dan ukurannya seperti yang berikut:
(a) Bahagian atas : 2.5 cm
(b) Bahagian bawah : 2.5 cm
(c) Bahagian kiri : 3.8 cm
(d) Bahagian kanan : 2.5 cm
3. Penomboran Halaman
Setiap halaman dalam “bahagian permulaan” seperti penghargaan, senarai kandungan, senarai jadual dan sebagainya perlu dinomborkan dengan angka kecil Roman (i, ii, iii, iv dan lain-lain) kecuali pada halaman tajuk nombor Roman (i) perlu dihilangkan.
4. Penomboran Bab dan Bahagian Dalam Bab
Bab dan bahagian dalam bab perlu dinomborkan. Struktur penomboran bahagian dalam bab boleh disusun mengikut urutan tahap subtajuk dan tidak melebihi tiga lapisan.
Contoh
6.1
6.1.1
6.1.1
6.1.1.1
5. Jadual dalam Bahagian Laporan
Semua jadual mestilah menggunakan Arabic Numeric. Tajuk jadual perlu diletakkan di atas jadual. Sekiranya tajuk itu hanya satu (1) baris, ia perlu ‘center’. Sekiranya tajuk jadual melebihi satu (1) baris, ia perlu ‘align’ ke sebelah kiri. Jadual mesti diberi nombor berdasarkan bab. Contoh, Jadual 1.1 merupakan jadual pertama yang terdapat dalam Bab 1. Nombor dalam jadual adalah mengikut bab.
6. Rajah dalam Bahagian Laporan
Bahan ilustrasi contohnya peta, carta, lukisan, graf, gambarajah dan fotograf disebut “Rajah”. Semua rajah mestilah menggunakan Arabic numeric. Tajuk rajah perlu diletakkan di bawah rajah. Sekiranya tajuk itu hanya SATU (1) baris, ia perlu ‘center’. Sekiranya tajuk rajah melebihi SATU (1) baris, ia perlu di allign ke sebelah kiri. Rajah mesti diberi nombor berdasarkan bab. Contoh, Rajah 1.2 merupakan rajah kedua yang terdapat dalam Bab 1.
7. Penulisan
Format tulisan adalah seperti berikut:
(a) tulisan ditaip dengan menggunakan aksara (font) “Times New Roman” sahaja. Saiz aksara yang digunakan dalam teks hendaklah bersaiz 12 sahaja. Gunakan format “Justified” bagi semua teks.
(b) jarak di antara baris dalam teks (line spacing) ialah 1.5 langkau (1.5 spacing).
(c) gunakan huruf besar untuk menulis setiap permulaan nombor Bab dan tajuk Bab.
(d) nombor Bab dan tajuk Bab dengan menggunakan “Bold“, dengan menggunakan aksara (font) bersaiz 14 dan ‘center’.
(e) guna muka surat baru bagi setiap permulaan BAB (Contoh: BAB 2).
(f) jarak di antara nombor bab dengan tajuk bab adalah 1.5 langkau (1.5 spacing).
(g) mulakan subtajuk berserta nombornya dari jidar kiri.
(h) mulakan baris pertama (first line) perenggan ke dua dengan ensotan (indent) 0.5”.
(i) gunakan jenis “Italic” bagi semua istilah selain daripada bahasa penulisan laporan.
(j) penulisan Kertas Cadangan dan Laporan Akhir Projek ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris (keseluruhannya). Jika terdapat perkataan yang tidak boleh diterjemah di dalam Bahasa Inggeris maka ia boleh ditulis dalam tulisan jenis ‘Italic’.
8. Had Laporan
Panjang Kertas Kerja (Proposal) hendaklah di antara 5 hingga 10 muka surat sahaja. Had ini hanyalah untuk teks sahaja tidak termasuk bahagian hadapan rujukan dan lampiran.