APA FORMAT
Rujukan merupakan bahan yang dirujuk semasa menyediakan kertas cadangan dan laporan projek. Pelajar diingatkan supaya menyenaraikan bahan yang dirujuk dalam halaman rujukan. Kaedah yang digunakan ialah format APA (American Psychological Association) atau format IEEE (Institute of Electrical and Electronics Engineers). Berikut adalah senarai kaedah penulisan rujukan dalam teks:
Rujukan disusun mengikut abjad
PANDUAN MENULIS RUJUKAN DAN CITATION SECARA ONLINE
Buku
Nama penulis iaitu nama keluarga dan singkatan yang digunakan. (Tahun terbitan),
Judul Buku, Tempat terbitan: Penerbit, m.s
Contoh:
Hibbeler, R.C. (2015). Engineering Mechanics: Statics (14th ed.). N Y: Prentice Hall.
Bab dalam buku yang disunting
Nama Penulis, Nama Keluarga atau Singkatan (tahun terbitan). Judul Artikel. Judul Buku
(mukasurat). Tempat Terbitan: Penerbit.
Contoh:
Richards, K. C. (1997). Views on globalization. In H. L. Vivaldi (Ed.), Australia in a global
world (pp. 29-43). North Ryde, Australia: Century
Jurnal
Nama Penulis 1 iaitu nama keluarga dan singkatan dan Nama Penulis 2 iaitu nama keluarga dan singkatan. (Tahun terbitan). Judul Artikel: Judul Jurnal, volume, muka surat.
Contoh:
Abdul Rahim and A. H. dan Bachan, S. (2008). Causes of accidents at construction sites.
Malaysian Journal of Engineering, 20(2): 242 - 259.
Penulis jurnal melebih 2 orang, istilah “et al.” diletak selepas nama penulis pertama dan nama-nama penulis tidak perlu disebut.
Contoh:
Abdul Rahim, A. H. et al. (2008). Causes of accidents at construction sites.
Malaysian Journal of Civil Engineering, 20(2): 242 - 259.
Prosiding Persidangan
Nama Penulis 1 iaitu nama keluarga dan singkatan dan Nama Penulis 2 iaitu nama keluarga dan singkatan. (Tahun terbitan). Judul Artikel: Nama Persidangan, lokasi, tarikh, muka surat.
Contoh:
Awang. M and Abdullah S.I. (2011). Facilities Management Competency Imperatives. International Conference Management - ICM 2011, Penang, Malaysia, 13-14 Jun 2011. m/s 480 – 496.
Penulis artikel prosiding persidangan yang melebihi 2 orang, istilah “et al.” diletak selepas nama penulis pertama dan nama-nama penulis tidak perlu disebut.
Contoh:
Awang. M et al. (2011). Facilities Management Competency Imperatives. International Conference Management - ICM 2011, Penang, Malaysia, 13- 14 Jun 2011. m/s 480 – 496.
Surat Khabar
Nama Surat Khabar. (Tahun). Judul artikel. Judul suratkhabar, muka surat.
Contoh:
The Canberra Times. (2007). Internet pioneer to oversee network redesign.
The Canberra Times, p. 15. 28th May, 2007.
Laman Sesawang
Nama Penulis iaitu nama keluarga dan singkatan. (Tahun terbitan). Judul. Diambil daripada alamat web. Tarikh di akses.
Contoh:
Abdul Rahim, A. H. and Bachan, S. (2008). Causes of accidents at construction sites. Malaysian Journal of
Civil Engineering, 20(2): 242 - 259. Retrieved from http://www.researchgate.net/profile/links/
53e979a10c f.pdf. on the 2nd. October, 2012.
Bagi penulis artikel laman sesawang melebihi 2 orang, istilah “et al.” diletak selepas nama penulis pertama dan nama-nama penulis tidak perlu disebut.
Contoh:
Abdul Rahim, A. H. et al. (2008). Causes of accidents at construction sites. Malaysian Journal of Civil
Engineering, 20(2): 242 - 259. Retrieved from http://www.researchgate.net/profile/links/ 53e979a10c
f2fb1b9b6753e979a10cf2fb1b9b671357.pdf. on the 2nd. October, 2012.
Kaedah Menulis Rujukan dalam Halaman Rujukan
Penulisan teks rujukan adalah disusun mengikut abjad seperti contoh berikut:
Format APA
Penulisan teks rujukan adalah disusun mengikut abjad seperti contoh berikut: