Dalam menulis kajian literatur, sumber rujukan hendaklah ditunjukkan dengan menyatakan nama pengarang dan tahun penerbitan mengikut teknik rujukan/sitasi (citation) yang ditetapkan mengikut program pengajian.
Menurut Oxford Dictionaries Online (2014), sitasi (citation) merupakan petikan atau rujukan dari buku, artikel, atau penulis, terutamanya dalam penulisan ilmiah atau ucapan rasmi. Terdapat beberapa gaya sitasi yang boleh digunakan seperti American Psychological Association (APA) Style dan Institute of Electrical and Electronic Engineers (IEEE) Style.
Sebarang gaya penulisan yang dipilih atau disarankan perlu digunakan secara konsisten. Gaya sitasi yang berlainan dalam satu laporan perlu dielakkan.
Contoh menulis gaya sitasi APA ditunjukkan seperti berikut:
(a) Text/sentence… (author, year).
(b) According to author (year), text/sentence …
(c) Two authors can be used ‘and’
(d) Text/sentence … (author et.al., year).
(e) According to author et. al., (year), text/sentence …
(f) Author, (year) has stated/explained/elaborated/given …
(g) Author et al., (year) has stated/explained/elaborated/given … Nota : et.al digunakan jika terdapat lebih daripada dua penulis.
Berikut dinyatakan beberapa contoh penulisan gaya sitasi
CONTOH
Sitasi (Citation)
Menurut United Nations World Tourism Organisation (UNWTO) (2013), pelancongan dunia telah berkembang sebanyak empat peratus pada tahun 2012 dengan mencatat jumlah ketibaan pelancong sebanyak 1035 million dan jumlah pendapatan sebanyak USD1075 billion....Kerajaan Malaysia telah menekankan pembangunan program homestay kerana ia adalah salah satu produk pelancongan yang perlu diperkasakan di negara ini (Mapjabil & Che Ismail, 2012). Asal usul program homestay bermula di Eropah pada tahun 1970-an ... (Mapjabil & Che Ismail, 2012).
Senarai Rujukan
United Nations World Tourism Organisation (UNWTO). (2013). World Tourism Barometer – Tourism Trends and Marketing. Madrid.
Muat turun dari http://www.e-unwto.org/doi/pdf/10.18111/wtobarometereng.2013.11.1.1 pada 7 Oktober 2015.
Mapjabil, J. & Che Ismail, S. (2012). Program Homestay di Sungai Semilang, Pulau Pinang: Pembangunan dan Perubahan Persekitaran.
Dalam J. Mapjabil & Din, K. H. (Ed). Pelancongan di Malaysia: Isu-isu Penyelidikan Terpilih. Sintok: Universiti Utara Malaysia Press.