PANDUAN LOG BOOK
DFT50114
DFT50114
Pengenalan
Buku Log projek disediakan oleh pelajar secara individu untuk mencatat setiap aktiviti kerja, penemuan baru dan tugasan yang dijalankan sepanjang tempoh pelaksanaan projek. Buku ini juga merupakan salah satu kaedah untuk Penyelia Projek memantau perkembangan dan kemajuan projek/kajian pada setiap kali pertemuan dan perbincangan bersama pelajar. Setiap pelajar perlu melengkapkan Buku Log yang ditulis dengan jelas dan terperinci bagi tujuan penilaian oleh Penyelia Projek.
Antara perkara yang dinilai dalam Buku Log adalah:
(a) pencapaian pelajar berdasarkan Carta Gantt;
(b) prestasi pelaksanaan projek/kajian; dan
(c) perkembangan intelek dan sahsiah pelajar
Panduan Penggunaan Buku Log
Berikut merupakan panduan penggunaan Buku Log:
pelajar perlu mencatat semua aktiviti berkaitan projek/kajian yang dijalankan mengikut keperluan program pengajian;
Buku Log perlu dibawa bersama setiap kali mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Penyelia Projek untuk tujuan semakan dan pengesahan;
Buku Log perlu diserahkan kepada Penyelia Projek untuk disemak dan disahkan sekurang-kurangnya sekali setiap minggu;
Penyelia Projek perlu memberi maklum balas/komen di dalam Buku Log pelajar setiap minggu; dan
Buku Log perlu diserahkan kepada Penyelia Projek untuk penilaian.
Penulisan Buku Log
Berikut disenaraikan keperluan penulisan Buku Log bagi aktiviti pelaksanaan projek pelajar:
pelajar perlu mencatat aktiviti dan tugasan sepanjang minggu;
pelajar perlu memperincikan segala perancangan di ruangan Laporan Aktiviti Mingguan agar selari dengan perancangan yang telah dinyatakan di dalam Carta Gantt;
pelajar perlu menyatakan pencapaian sebenar atau status projek terkini pada ruangan yang disediakan;
pada bahagian Cadangan Tugasan perlu diisi oleh pelajar dengan menyatakan cadangan yang berkaitan sebagai langkah penambahbaikan kepada projek/kajian; dan
Penyelia Projek perlu memberi maklum balas/komen pada setiap tugasan yang telah dijalankan oleh pelajar.
Contoh Penulisan Buku Projek