Pembentang : Siti Haslina binti Kanipan, Siti Norhana binti Mohd. Napiah, Tengku Aziah binti Tengku Ishak, Chin Siew Moi
Ringkasan :
Kaedah sqLoop telah dibina dan diguna untuk membantu para pelajar memahami dan menjawab soalan berbentuk struktur kawalan ulangan bermula dari langkah menganalisa masalah sehingga langkah pelaksanaan program aturcara.
Kaedah sqLoop menggunakan strategi manipulasi warna ke atas blok-blok yang berbeza. Penggunaan blok-blok berwarna ternyata memudahkan pelajar untuk memahami subtopik ini, ia dapat dilihat daripada peningkatan gred A pasca ujian sebanyak 34.3% berbanding pra ujian subtopikal. Kesannya, PdP berlangsung dalam suasana yang lebih kondusif.
Bagi memacu PdP ke arah ekosistem digital, kaedah ini kami kongsi melalui platform YouTube Vertex Lively. Harapan kami agar, semua pelajar mendapat manfaat maksima bagi subtopik ini.
https://www.youtube.com/channel/UCcq3GqHco2K8c2LN6cPzqFA
Pembentang : Tengku Aziah bt Tengku Ishak, Rasyida bt Abd. Rahman, Siti Nor Afidah bt Anuar dan Quinny bt. Ben Hassan
Ringkasan :
Kajian tentang penggunaan aplikasi ZOOM untuk mengurus dan melaksanakan kelas gantian disebabkan Cuti Umum, mesyuarat, cuti sakit dan sebarang aktiviti rasmi kolej.
Kaedah alternatif untuk menyelesaikan masalah pertembungan dan rebutan kumpulan pelajar yang sama dengan beberapa orang pensyarah bagi matapelajaran yang berbeza untuk sesi gantian kelas..
Menyelesaikan masalah keletihan dan kelesuan pelajar yang terpaksa menempuhi sesi PdP rasmi yang padat hingga mempengaruhi fokus pelajar semasa sesi kelas gantian.