29 MEI 2023 (ISNIN)
Lokasi : Sepanjang pesisir pantai Kelanang mengunjur hingga ke Bagan Lalang, SelangorÂ
Objektif:
Mewujudkan interaksi positif dalam kalangan pensyarah bagi membentuk semangat kerja sepasukan.
Membolehkan peserta berinteraksi, membina hubungan baik dan bekerja secara efektif dengan orang lain untuk mencapai objektif yang sama.
Membina keseimbangan intelek, jasmani, emosi dan rohani mengikut pegangan agama masing-masing.
Menjana idea dalam kalangan pensyarah untuk penambahbaikan pengurusan Unit Sains Komputer.
2 - 5 MEI 2023
Lokasi : Makmal Komputer Kolej Matrikulasi Selangor
Objektif:
Programming Challenge ini dapat membantu pelajar dalam meningkatkan motivasi dan menambah keyakinan diri untuk menghasilkan satu set aturcara yang baik.
Pertandingan ini juga dijangka dapat membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam menjawab soalan PSPM bagi subjek Sains Komputer.
Secara amnya bahasa pengaturcaraan JAVA yang digunakan semasa latihan praktikal digunakan juga semasa peperiksaan PSPM, seterusnya di peringkat pengajian tinggi dan di alam perkerjaan.
Sasaran:
Semua pelajar SC025 SDS
Semua pelajar DC045 SES
18 Mac 2023 (Sabtu)
Lokasi : Dewan Kuliah 1 Kolej Matrikulasi Selangor
Objektif:
Membantu mengukuhkan kreativiti dan kebolehan menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar kumpulan GILAPAN.
Memberi peluang pelajar kumpulan GILAPAN menulis algorithm dengan tepat
Mengembangkan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan 'critical thinking'
Sasaran:
3 orang pelajar dari setiap kelas SC025 SDS dan DC045 SES
10 Feb 2023 (Jumaat)
Lokasi : Dewan Kuliah 1 Kolej Matrikulasi Selangor
Objektif:
Memastikan pelajar dan pensyarah mengetahui isu semasa tentang jenayah siber.
Menimbulkan kesedaran di kalangan pelajar dan pensyarah tentang bahaya jenayah siber pada masa kini.