Pembentang : Fauziah Laili bt Masri
Ringkasan :
Kajian tentang penggunaan Papan Putih Maya merupakan satu kaedah baru yang menyeronokkan dan aktiviti kelas menjadi semakin menarik seterusnya dapat mengukuhkan ingatan peserta kajian terhadap isi pelajaran.
Penggunaan Papan Putih Maya telah merangsang perhatian dan minat serta mengurangkan rasa bosan kepada peserta kajian dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pembentang : Rasyida bt Abd. Rahman, Siti Nor Afidah bt Anuar, Rohani bt Abd. Aziz
Ringkasan :
Kajian tentang penggunaan 3 EXPS FOR 1 untuk menerangkan setiap konsep Array yang baru dengan tujuan meningkatkan pemahaman pelajar dan menyumbang kepada peningkatan pencapaian gred pada topik tugasan.
Kaedah menggunakan bilangan contoh yang mencukupi dan relevan dengan isi pembelajaran pelajar penting untuk menjamin peningkatan kefahaman pelajar.
Membuktikan bahawa bilangan contoh yang paling sesuai untuk digunakan semasa sesi penerangan isi pembelajaran memadai 3 contoh sahaja dan penggunaan contoh yang kurang daripada 3 serta tidak seakan-akan sama juga tidak membantu mempercepatkan proses pemahaman pelajar.
Pembentang : Siti Norhana bt Mohd. Napiah, Siti Norhafizah bt Mat Saad, Tengku Aziah bt Tengku Ishak
Ringkasan :
Kajian ini adalah bertujuan untuk menghasilkan item kesejahteraan sosial pensyarah yang sah dan boleh dipercayai.
Kajian ini menggunakan model Pengukuran Rasch dan di analisis dengan menggunakan perisian WINSTEP 3.71. Instrumen yang telah ditadbir menunjukkan kebolehpercayaan bagi kesemua 11 item tersebut berada pada tahap yang boleh diterima.
Dapatan awal yang diperolehi daripada analisis yang dibuat, menunjukkan instrumen yang dibina menunjukkan ciri-ciri bahawa ianya adalah sesuai untuk digunakan bagi mengukur kesejahteraan sosial
Pembentang : Siti Norhana bt Mohd. Napiah, Julailee bt Ramlee @ Yasin, Rizal b Harun
Ringkasan :
Kajian ini dijalankan apabila kami mendapati bahawa pelajar tidak dapat menyiapkan tugasan praktikal mereka dalam menulis dan melarikan aturcara mengikut masa yang ditetapkan.
Didapati, keadaan ini telah menghadkan pemahaman pelajar terhadap topik pengaturcaraan kerana mereka tidak dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari ketika kuliah dan tutorial dalam kelas praktikal secara maksima.
Memperkenalkan satu teknik dinamakan sebagai teknik Write Run Infinity (WRI) di mana melalui teknik ini, para pelajar diajar untuk menulis aturcara secara blok dan melarikan aturcara tersebut dalam satu jumlah yang tidak tetap/infiniti, sedikit demi sedikit mengikut blok yang ditetapkan.
Setelah teknik ini diperkenalkan, didapati pelajar dapat menulis dan melarikan dengan betul dalam masa 2 jam praktikal mengikut bilangan tugasan yang ditetapkan.
Pelajar juga mempunyai lebih masa untuk menguji kefahaman mereka dalam penulisan aturcara dengan bertambahnya cubaan untuk menulis dan melarikan aturcara yang lebih komplikated.
Peserta: Julailee bt Ramlee @ Yasin, Rizal b Harun, Quinny bt Ben Hasan
Ringkasan:
Projek ini merupakan inovasi menggunakan kuiz atas talian untuk subjek Sains Komputer. Inovasi untuk menggunakan Kuiz online menggunakan aplikasi Quizizz.com merupakan salah satu cara yang digunakan untuk menguji pelajar. Sasaran pelaksanakan kuiz ini telah diuji bagi pelajar PDT II Modul 2 dan PDT II Modul 3 yang mengambil matapelajaran Sains Komputer. Ia dilaksanakan bukan sahaja untuk menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik, malah dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam setiap topik yang diuji.
Laman Web :
Peserta: Fauziah Laili bt Masri, Rohani bt Abd. Aziz
Ringkasan:
PlayDoh Network Architecture adalah satu teknik simulasi bagi membantu pelajar untuk memahami dan boleh menerangkan konsep rangkaian komputer seterusnya senibina rangkaian. Teknik ini berupaya memberikan pemahaman lebih jelas dalam bentuk permainan doh tanpa menggunakan peralatan yang sebenar. Ia dapat memberi gambaran sebenar supaya pelajar dapat memahami konsep dan senibina rangkaian komputer yang pelbagai dengan lebih jelas dan efektif. Sasaran kepada pelajar Sains Komputer SC015 pada semester 1 sesi pembelajaran modul 2 dan modul 3 di Kolej Matrikulasi Selangor sesi 2018/2019. Hasil daripada teknik ini, pelajar lebih mudah memahami dan berupaya melukis dan menerangkan senibina rangkaian komputer dengan betul.
Laman Web :
Peserta: Noraini bt Abdul Rahman
Ringkasan:
Penggunaan Template GoProShow PowerPoint adalah satu set template PowerPoint yang sangat berguna untuk membantu persembahan profesional, mesyuarat, pengajaran kuliah atau persembahan peribadi. GoProShow adalah template persembahan PowerPoint yang berkualiti tinggi, dilengkapi dengan 100+ template sedia untuk digunakan yang sangat mudah untuk disunting dan digunakan. Terdapat pelbagai reka bentuk dan slaid dengan susun atur terkini, grafik,jadual, pilihan warna dan kesan khas untuk memudahkan pengguna menyesuaikannya dengan menggabungkan ciri yang mahu gunakan dalam persembahan . Di samping itu, template ini juga mengandungi elemen animasi dan interaktif untuk meningkatkan dinamik persembahan dan menjadikannya lebih unik dan menarik di mata penonton.
Laman Web :