Kekerasan Terhadap Penjawat Awam (CODE GREY)
PENGENALAN
Kekerasan di tempat kerja adalah merupakan satu cabaran yang wujud sejak dahulu lagi. Namun, seiring dengan kecanggihan teknologi, kekerasan adalah lebih cepat tersebar. Penjawat awam secara amnya dan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara khususnya mengalami pelbagai jenis kekerasan sama ada dari segi fizikal, lisan, seksual mahupun tulisan namun tidak pernah dinotifikasi.
Gangguan seumpama ini mungkin boleh mengganggu produktiviti dan kesinambungan penyampaian perkhidmatan perubatan kepada rakyat sekaligus turut menjejaskan keupayaan sesebuah organisasi untuk berfungsi dengan baik dan mengekalkan imej yang korporat. Susulan itu, garis panduan ini telah diperkenalkan bagi membantu dalam proses mencegah dan mewujudkan notifikasi yang sistematik terhadap apa jua jenis kekerasan yang berlaku di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia.
OBJEKTIF
Membantu anggota KKM mencegah dan menangani kekerasan di tempat kerja
Mewujudkan garis panduan agar kekerasan di tempat kerja terutamanya di hospital, institusi perubatan dan kesihatan serta semua fasiliti KKM lainnya dapat ditangani dengan lebih efisien.
Mewujudkan proses notifikasi yang efektif.
Mewujudkan pangkalan data mengenai kekerasan di tempat kerja
BORANG