Audit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

PENGENALAN

Antara fungsi Jawantankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) adalah menjalankan pemeriksaan di tempat kerja. Pemeriksaan tempat kerja dijalankan sekurang-kurangnya 3 (tiga) bulan sekali untuk memastikan tiada perkara yang boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan dan kesihatan pekerja. Pemeriksaan ini dijalankan bersama wakil majikan dan wakil pekerja. Hasil pemeriksaan akan dibincangkan dengan seberapa segera dengan JKKP sekiranya terdapat perkara-perkara di tempat kerja yang boleh mendatangkan implikasi keselamatan dan kesihatan kepada pekerja. Selain itu, JKKP turut boleh mencadang dan menilai langkah-langkah pemulihan yang perlu diambil oleh majikan semasa pemeriksaan di tempat kerja ini dijalankan.

Selain itu, JKKP turut melakukan pemeriksaan ditempat kerja jika berlaku sebarang aduan atau insiden dan juga melalui audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang akan diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

Audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini termasuk di dalam pemantauan kualiti iaitu HPIA Indicator No. 27: Percentage of Safety Audit finding identified whereby control measures had been taken in the corresponding year. Melalui pemantauan kualiti ini, unit-uni berikut merupakan tempat wajib dimana audit akan dijalankan, seperti:

Manakala tempat-tempat lain seperti berikut adalah tidak wajib, namun akan dipantau dari semasa ke semasa.

JKKP tidak akan melaksanakan audit di kawasan-kawasan dalam pembinaan.

BORANG

Format_Audit_Dan_Standard_Pemarkahan_Audit_Keselamatan_Dan_Kesihatan[1].pdf

Format Audit dan Standard Pemarkahan (Umum, Radiologi, Makmal dan Vektor)

AUDIT PENGENDALIAN PENDISPOSAL ALATAN TAJAM_JKNJ.pdf

Audit Pengendalian/Pendisposan Alatan Tajam