Aktiviti

Mesyuarat Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Pontian Bil 2/2023

Pada 3 Julai 2023, jam 9:00 pagi telah berlangsung Mesyuarat Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Pontian Bil 2/2023 yang dipengerusikan oleh Dr Parameswaran A/L Ramachandran, Pengarah Hospital Pontian. Antara agenda mesyuarat ialah pengesahan minit mesyuarat bil 1/2023 dan maklumbalas minit mesyuarat bil 1/2023, kemaskini ahli jawatankuasa, taklimat pencapaian audit fasiliti, pencapaian UKKP dan membincangkan permasalahan-permasalahan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Hospital Pontian. Pengerusi menekankan kerjasama dari semua unit untuk memastikan pelaksanaan dasar dan aktiviti dari UKKP dapat dilaksanakan dengan baik. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11:30 pagi. Terima kasih dari UKKP kepada semua wakil majikan dan wakil pekerja yang dapat hadir ke mesyuarat ini. Berjumpa lagi di mesyuarat bil 3/2023 yang akan datang.

Kursus Ergonomik Sempena Sambutan World OSH Day 2023 Peringkat Hospital Pontian

Sambutan World OSH Day 2023 peringkat Hospital Pontian telah diadakan pada 14 Jun 2023 yang dirasmikan oleh Dr Syarifah Nor Sabira Binti Dato Hj Syed Mohd Ali. Usai majlis sambutan, kursus ergonomik telah dijalankan selama 2 hari dari 14-15 Jun 2023. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas komitmen yang ditunjukkan selama 2 hari berkursus.

Pemenang Pertandingan Teka Silang Kata Sempena World OSH Day Hospital Pontian 2023

Tempat Pertama : Fauziah Bt Ahmad Samsudin ( Unit Kewangan)

Tempat Kedua : Siti Ruhaini ( Unit Rekod Perubatan)

Tempat Ketiga : Nur Natasha Alia Maulad Abd Rahman ( Unit Rekod   Perubatan


Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Audit Keselamatan Dan Kesihatan Di Fasiliti Bil 2/23

Audit telah dijalankan pada 6 Jun 2023 yang diketuai oleh En Zainol Fahmi Bin Ibrahim bersama JT Zailah Bte Abdullah, En Mohd Norlizam Bin Haris, JT Hamidah Binti Hamit dan En Sulaiman Bin Daut. Sebanyak 5 wad telah diaudit. Pencapaian audit di 5 wad tersebut mencapai markah melebihi 70%. Tahniah atas pencapaian setiap wad dan diharapkan penambahbaikan berterusan dapat dilaksanakan. Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan.

Sambutan Hari Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Negeri Johor Tahun 2023

Pada 4 Jun 2023, Hospital Pontian turut serta dalam Sambutan Hari Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Negeri Johor Tahun 2023. Ia melibatkan semua institusi perubatan di negeri Johor dan Hospital Pontian menghantar 8 orang wakil ke sambutan tersebut. Pada hari tersebut, Hospital Pontian telah mendapat tempat ke 3 dalam games and quizzes. 

#Pontianishottogo

Bengkel Ergonomik Hospital & Institusi Perubatan & Pejabat Kesihatan Daerah anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Johor

Pada 16-18 Mei 2023, Hospital Pontian telah menghantar 2 wakil ke Bengkel Ergonomik Hospital & Institusi Perubatan & Pejabat Kesihatan Daerah anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Johor yang diadakan di Bilik Seminar Ixora, Hospital Permai. Bengkel ini berobjektifkan pengesanan dan penilaian faktor risiko ergonomik di tempat kerja. Pada hari terakhir, semua peserta telah dibawa ke Ergonomic Excellent Center (EEC) di NIOSH Wilayah Selatan untuk melihat sendiri alatan yang ada di EEC.


Sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Tempat Kerja 2023 ( WORLD OSH DAY 2023)

Pada 10-11 Mei 2023 telah berlangsung seminar sempena sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Tempat Kerja 2023 peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia yang berlangsung di Auditorium Institut Kanser Negara, Putrajaya yang di rasmikan oleh Dato' Dr Asmayani Binti Khalib, Timb Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Kementerian Kesihatan Malaysia dengan tema Persekitaran Kerja Yang Selamat & Sihat: Hak Pekerja. Hospital Pontian telah menghantar seorang wakil untuk menghadiri seminar tersebutyang turut dihadiri oleh semua ahli Unit Keselmatan dan Kesihatan Pekerjaan dari semua hospital seluruh Malaysia.

SISCA Box Memasuki Pertandingan Inovasi Peringkat JKNJ 

UKI dan Unit Kejururawatan telah mempertandingkan SISCA box pada konvensyen inovasi peringkat JKNJ dalam kategori produkyang berlangsung pada 11 April 2023. Satu cetusan idea yang hebat dan bernas yang diharap dapat membantu anggota KKM untuk menurunkan kes tusukan jarum. Kami warga kerja UKKP mengucapkan SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN dan diharapkan SISCA box boleh dipraktikkan oleh semua hospital di seluruh Malaysia.

#NSIambilpeduli

Mesyuarat Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Pontian Bil 1/2023

Pada 10 April 2023, jam 10:00 pagi telah berlangsung Mesyuarat Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Pontian Bil 1/2023 yang dipengerusikan oleh Dr Parameswaran A/L Ramachandran, Pengarah Hospital Pontian. Antara agenda mesyuarat ialah pengesahan minit mesyuarat bil 2/2022 dan maklumbalas minit mesyuarat bil 2/2022, pelantikan ahli jawatankuasa yang baru untuk menggantikan ahli jawatankuasa yang berpindah dan berpencen, taklimat pencapaian audit-audit, perancangan aktiviti tahunan unit dan membincangkan permasalahan-permasalahan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Hospital Pontian. Soft launch laman sesawang UKKP Hospital Pontian juga telah dilaksanakan semasa mesyuarat ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11:30 pagi. Terima kasih dari UKKP kepada semua wakil majikan dan wakil pekerja yang dapat hadir ke mesyuarat ini. Berjumpa lagi di mesyuarat bil 2/2023 yang akan datang.

Audit Pengendalian/Pendisposan Alatan Tajam Bil 1/2023

Audit melibatkan  Unit Kecemasan Dan Trauma, Unit Hemodialisis dan Klinik Pakar bermula dari 2 April hingga 3 April 2023 dengan kerjasama Unit Kawalan Infeksi. Terima kasih kepada Unit Kawalan Infeksi dan unit-unit yang di audit atas kerjasama yang diberikan.

Audit Keselamatan Dan Kesihatan Di Fasiliti Bil 1/23

Audit telah dijalankan pada 13 Februari 2023 yang melibatkan 4 unit iaitu Unit Kecemasan Dan Trauma, Unit Xray, Unit Makmal Perubatan dan Transfusi serta Unit Farmasi. Pencapaian audit di empat unit tersebut mencapai markah melebihi 70%. Tahniah atas pencapaian setiap unit dan diharapkan penambahbaikan berterusan dapat dilaksanakan. Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan.