UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

HOSPITAL PONTIAN

HARI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSH DAY) 2023

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Pontian ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Tahun 2023 kepada semua warga kerja Hospital Pontian.

Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan disambut pada tarikh 28 April setiap tahun. Untuk tahun 2023, tema sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ialah Tempat Kerja Selamat dan Sihat Adalah Hak Asas Pekerja. 

Mari bersama-sama berganding bahu untuk menjadikan amalan kerja sihat dan selamat sebagai budaya di Hospital Pontian.

#budayakerjasihatdanselamat

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PINDAAN) 2022 (OSH ACT 2022)

KEKERASAN TERHADAP ANGGOTA KKM (CODE GREY)

Unit Kesihatan Awam Hospital Sultan Ismail (HSI) telah menghasil satu video bagi membantu para anggota awam terutamanya anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengendalikan kekerasan oleh orang awam terhadap penjawat awam.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Kesihatan Awam HSI dalam berkongsi pengalaman dan video ini dalam membantu rakan sekerja di sektor perkhidmatan yang lain.

Terima kasih.

1 DEC 2021 TATACARA PENGENDALIAN SILINDER OKSIGEN DI HOSPITAL DENGAN BETUL .mp4

TATACARA PENGENDALIAN SILINDER GAS DI HOSPITAL YANG BETUL

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Perkembangan Perubatan KKM dengan kerjasama Bahagian Kejuruteraan KKM, Institut Kanser Negara (IKN), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan Ambang Wira Sdn. Bhd serta Produksi Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM telah menghasilkan video pendidikan “TATACARA PENGENDALIAN SILINDER OKSIGEN DI HOSPITAL DENGAN BETUL”. 

Video ini dihasilkan khusus untuk pekerja yang perlu mengendalikan tong oksigen di hospital bagi mencegah dan mengurangkan risiko mendapat penyakit musculoskeletal disorder (MSD) akibat pengendalian silinder oksigen yang salah, seterusnya mewujudkan suasana dan persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat.



COMMUTING ACCIDENT

Video pendek sempena Hari OSH Hospital Selayang berkenaan kesedaran berkaitan commuting accident.

Hati-hati ketika memandu terutama kepada anggota yang oncall dan perlu memandu pulang ke rumah.

#rehatdulubarupandu

Needle Stick Injury Awareness Video 1.mp4
Needle Stick Injury Awareness Video 2.mp4

#NSIambilpeduli

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Sultanah Nora Ismail telah menghasilkan video berkenaan needle stick injury awareness untuk panduan semua warga kerja KKM yang terlibat dengan pengendalian alatan tajam.

Setinggi-tingi penghargaan kepada UKKP HSNI atas kesudian untuk berkongsi video ini dalam membantu anggota kerja KKM untuk mengelakkan NSI selaras dengan indikator kebangsaan iaitu 'zero case' untuk NSI

#NSIambilpeduli