Pengasuhan dan Pendidkan Awal Kanak-kanak
Berasaskan Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran (KAPPK)
T982-001-3:2017 | Tahap 3
JPK.700-1/1/44 Jld.39 (1)
T982-001-3:2017 | Tahap 3
JPK.700-1/1/44 Jld.39 (1)
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak merupakan satu program latihan kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Program ini dirangka khas untuk melahirkan tenaga kerja yang kompeten, berpengetahuan serta berkemahiran tinggi dalam bidang penjagaan, pengasuhan, dan pendidikan awal kanak-kanak selaras dengan keperluan industri semasa. Melalui SKM ini, pelatih bukan sahaja didedahkan kepada teori perkembangan kanak-kanak, tetapi turut diberikan latihan praktikal yang menyeluruh untuk memastikan kualiti perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan yang profesional dan beretika.
Program ini bertujuan untuk melahirkan pendidik awal kanak-kanak yang kompeten, penyayang dan profesional dalam menyediakan penjagaan serta pendidikan yang menyeluruh kepada kanak-kanak berumur bayi hingga 4 tahun. Objektif khusus program ini adalah untuk:
Membekalkan kemahiran penjagaan harian bayi dan kanak-kanak mengikut prosedur operasi TASKA dan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Meningkatkan kemahiran dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran yang merangkumi perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, emosi, sosial dan estetika berdasarkan Kurikulum PERMATA Negara.
Membentuk kemahiran komunikasi dan interaksi profesional dengan kanak-kanak, ibu bapa dan rakan sekerja dalam persekitaran pusat penjagaan.
Menyemai nilai-nilai murni dan tingkah laku positif kepada kanak-kanak melalui aktiviti pembentukan sahsiah dan nilai sosial.
Melatih peserta untuk menyokong operasi harian pusat ECE, termasuk penyediaan persekitaran pembelajaran, keselamatan dan kesihatan kanak-kanak.
Memberi latihan asas pertolongan cemas dalam situasi kecemasan berkaitan penjagaan kanak-kanak.
Meningkatkan peluang kerjaya dan kebolehpasaran peserta dalam industri penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak melalui pensijilan SKM yang diiktiraf.
1. Syarat Kemasukan
Berumur 17 tahun dan keatas
Boleh Membaca, Mengira dan Menulis
Sihat tubuh badan
2. Tempoh Pengajian
12 bulan
Tiada Latihan Industri
3. Dikendalikan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya
Beriku adalah subjek yang dipelajar:
1. Penjagaan Rutin Harian Awal Kanak-Kanak
2. Pendidikan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak
3. Penerapan Tingkah Laku dan Nilai Sosial Awal Kanak-Kanak
4. Sokongan Operasi Pusat Penjagaan Awal Kanak-Kanak
5. Pentadbiran Pertolongan Cemas
Personel Pendidikan dan Pengasuhan Awal Kanak-Kanak (ECE) adalah kompeten dalam melaksanakan kompetensi teras berikut:
a. Penjagaan Rutin Harian Kanak-Kanak Awal
b. Pendidikan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak
c. Pembentukan Tingkah Laku dan Nilai Sosial Kanak-Kanak Awal
d. Sokongan Operasi Pusat ECE
e. Pentadbiran Pertolongan Cemas
Personel dalam bidang ini melibatkan diri dengan pelbagai kumpulan individu seperti kanak-kanak, ibu bapa dan rakan sekerja di Pusat ECCD. Personel ECCD bukan sahaja bermain dengan kanak-kanak, tetapi juga memupuk perkembangan mereka, memberi penjagaan dan kasih sayang berterusan serta memastikan persekitaran kanak-kanak adalah selamat dan kondusif untuk pembelajaran.
Personel ECE juga bekerjasama rapat dengan ibu bapa bagi memastikan kesinambungan penjagaan diteruskan di rumah. Mereka juga memerlukan kemahiran dalam komunikasi, sosialisasi, pemerhatian dan pelaporan bagi membantu kanak-kanak membesar, belajar, berkembang dan memperoleh kemahiran baharu.
Pendidik ECCD boleh bekerja sendiri atau diambil bekerja oleh organisasi pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak, terutamanya dalam industri penjagaan kanak-kanak serta industri berkaitan yang lain. Pelatih yang dilatih di bawah bidang latihan ini berpeluang melanjutkan kerjaya sebagai Penyelia atau mengikuti latihan lanjutan dalam industri pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.
Pekerjaan berkaitan lain dari segi peluang pekerjaan termasuk:
• Pembantu pekerja penjagaan kanak-kanak
• Pekerja penjagaan kanak-kanak, pusat jagaan harian
• Pekerja pusat jagaan harian
• Pembantu pendidikan awal kanak-kanak
• Pendidik awal kanak-kanak
• Pembantu pendidik awal kanak-kanak
• Pembantu staf program pendidikan awal kanak-kanak
• Pembantu prasekolah
Latihan boleh didapati di institusi awam dan swasta serta melalui latihan di tempat kerja di pusat penjagaan kanak-kanak. Kelayakan masuk bagi program latihan penyedia penjagaan kanak-kanak adalah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf. Mereka yang mempunyai pengalaman kerja boleh mendapatkan pengiktirafan melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Seseorang yang telah menamatkan SKM Tahap 3 layak untuk meneruskan ke program latihan DKM Tahap 4. Walau bagaimanapun, mereka boleh terus ke program DLKM Tahap 5 selepas menamatkan DKM Tahap 4.