Memberi panduan dan penerangan kepada guru ganti yang akan menggantikan kelas untuk meneruskan aktiviti pengajarannya.
Memantau prestasi murid di dalam kelas terhadap penguasaan mereka tentang perkara-perkara yang diajar.
Menjadikan guru sentiasa berada dalam keadaan bersedia sebelum memasuki kelas dengan menyusun atur aktiviti di dalam kelas.
Menjadi peringatan kepada guru dalam meneruskan proses pembelajaran di kelas. Guru itu akan sentiasa berada di dalam fasa pembelajaran yang betul.
Guru dapat memilih, membina dan gunakan bahan bantu yang berkesan ke arah memandu pelajar memahami isi kandungan & mencapai objektif.
Proses pengajaran tersusun mengikut perancangan, permulaan, pengembangan dan penutup.
Meningkatkan keyakinan diri guru untuk menyampaikan pengajaran yang tersusun secara berkesan.
Membolehkan guru mengesan kelemahan dan masalah yang berlaku dan segera membetulkan untuk penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat untuk memahami dan belajar.
Murid dapat memahami dan menguasai isi pembelajaran mengikut pemeringkatan objektif dan tajuk yang diajar guru.
Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran dan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.