Apa itu DSKP ?
Satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran.
Menyenaraikan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi)
Apakah Kategori Standard dalam DSKP ?
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang apa yang murid patut ketahui.
Merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu pemetaan kriteria dan indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang diukur bagi setiap Standard Kandungan (SK).
Standard Prestasi
Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara telah dikuasai.
Mengapakah DSKP dilaksanakan ?
Memastikan ekuiti dan kualiti dalam kurikulum sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
Memastikan semua akauntibiliti murid melepasi piawaian standard.
Memudahkan guru melaksanakan pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bagaimanakah DSKP dilaksanakan ?
Guru membuat RPT dan RPH berasaskan garis panduan SK, SP dan SPi yang terkandung dalam DSKP
Guru menjalankan PdP dan pentaksiran dengan merujuk DSKP sahaja
Guru mentaksir perkembangan dan pencapaian murid melalui Standard Prestasi