Sumber ISN

Sukan Selamat: Panduan Ibu Bapa / Penjaga.

1. Tingkatkan pengetahuan

Ilmu pengetahuan adalah sangat penting agar dapat mencegah dan menghapuskan salah laku dalam sukan. Badan sukan perlu menyediakan maklumat berkenaan salah laku dan lengkap dengan kaedah respon dan aduan. Anda boleh rujuk badan sukan berkaitan (persatuan/kelab).

2. Etika profesional atlet dan jurulatih

Atlet dan jurulatih perlu mengamalkan etika profesional dengan mewujudkan jurang profesional di antara atlet – jurulatih dengan memahami peranan masing-masing. Jurulatih bertindak seperti guru, mentor atau role model kepada atlet (orang yang lebih muda). Jurulatih bukanlah seorang kawan atau pasangan.

3. Kenalpasti tempat berisiko

Kes salah laku berlaku di tempat yang sunyi dan terasing. Pelaku seringkali akan  mengambil peluang dalam situasi yang privasi, mudah untuk mengawal dan memanipulasi mangsa. Pastikan anak/jagaan anda tidak beradadi tempat yang berisiko dengan sering memastikan keberadaan dan maklumkan kepada anak/jagaan tentang tempat berisiko tersebut.

4. Suarakan dan lapor salah laku

Jika anda telah mengenalpasti salah laku atau curiga bahawa salah laku berlaku, suarakan! Yakin dan laporlah kepada pihak yang berwajib seperti badan sukan dan pihak berkuasa (polis).

5. Bersembang dengan anak/jagaan

Agak sukar untuk bercakap dengan anak/jagaan mengenai salah laku fizikal, emosi dan seksual tetapi ia adalah sesuatu yang sangat penting. Berkomunikasi secara terbuka dan kerap dengan anak/jagaan anda mengenai anggota badan dan pastikan mereka menjadi selesa untuk berkongsi perasaan dengan anda. DENGAR apabila mereka bercakap dan jika mereka sukar menjelaskan sesuatu, kekal tenang dan biarkan mereka terus bercakap. Pastikan anak/jagaan berasa mereka dihargai ibu bapa/jagaan setiap kali mereka berkongsi cerita. Ibu bapa/jagaan perlu sentiasa tunjukkan sokongan terhadap anak/jagaan.

#TeamISN #SafeSport

Tekan link untuk melihat apakah perkembangan terkini untuk pelayar Terengganu
Ruangan khas untuk pelayar Terengganu sahaja