JOM BELAJAR BINA AYAT TEKNIK SKOP
FEEL FREE TO VISIT OUR GROUP CHANNEL.JANGAN LUPA SUBCRIBE😁
JOM BELAJAR BINA AYAT TEKNIK SKOP
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KAMI KUMPULAN 6 😎
NAMA AHLI KUMPULAN:
MUHAMMAD NAQIB BIN ABDULLAH (833961)
MUHAMMAD WIJDANN BIN MUHAMAD NASIM (833969)
NUR AMALIN BINTI HANAPI (833974)
NUR BARIAH BINTI MAT YASIN (833975)
NUR FADHILAH BINTI AHMAD (833995)
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang membawa kepada kecemerlangan seseorang murid dalam akademik.
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan modul jom membina ayat menggunakan Teknik ‘SKOP’ (Subjek, Kata Kerja, Objek dan Peluasan) untuk membantu murid menguasai kemahiran menulis ayat mudah.
Berdasarkan refleksi didapati murid ini menghadapi masalah untuk membina ayat. Mereka tidak yakin dan tidak boleh membina ayat tanpa bimbingan guru.
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah murid yang lemah dalam menguasai kemahiran membina ayat dengan membina modul “Teknik SKOP” serta mengkaji keberkesanan teknik ini dalam mengubah tingkah laku murid.
Reka bentuk kajian tindakan ini berasaskan kepada Model Kemmis dan McTaggart (1988) dengan menggunakan instrumen subjek kajian, pengumpulan data dan penganalisisan data. NAQIB
Pengajaran dan pembelajaran kemahiran membina ayat merupakan satu cabaran kepada guru dan murid. Antara cabaran yang dihadapi adalah kekurangan kosa kata Bahasa Melayu pada murid. Kelemahan murid menghasilkan struktur ayat yang lengkap dengan tatabahasa yang betul turut dipengaruhi oleh gaya pembelajaran.
Mengikut Zaliza Mohamad Nasir (2017), kekurangan pengetahuan dan kekeliruan murid dalam penggunaan sistem bahasa menyebabkan murid lemah dalam penulisan. Adakala murid terpengaruh dengan dialek percakapan seharian dan mengunakannya dalam penulisan atau untuk membina ayat.
Noor Habsah dan Yahya (2018), masalah kosa kata yang terhad menyebabkan pelajar tidak dapat menghuraikan idea dengan baik malahan menggunakan perkataan daripada Bahasa ibunda untuk melahirkan idea dalam penulisan.
Dengan ini, kajian ini membuktikan bahawa penguasaan perbendaharaan kata yang lemah telah dikenal pasti sebagai salah satu sebab mengapa kanak-kanak tidak dapat menguasai bahasa Melayu tanpa gangguan bahasa ibunda.
NAQIB
Pengumpulan Data
Data kajian dikumpul melalui pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Pemerhatian dilakukan berdasarkan video yang dirakam semasa pelaksanaan intervensi. Pemerhatian dilakukan secara tidak berstruktur dan transkrip pemerhatian telah disediakan. Temu bual telah dilaksanakan terhadap dua pihak, iaitu subjek kajian dan guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Teknik temu bual yang digunakan adalah separa struktur. Analisis dokumen dilakukan melalui latihan membina ayat dan ujian pentaksiran bilik darjah (PBD). Senarai semak disediakan untuk menganalisis ketiga-tiga dokumen ini. WIJDANN
Penganalisisan Data
Data telah dianalisis melalui data yang diperolehi daripada pemerhatian, temu bual dengan subjek dan beberapa orang guru Bahasa Melayu tahun 4, senarai semak latihan bina ayat serta laporan ujian PBD. Pengkaji mengekodkan dan mengkategorikan data yang diperoleh mengikut kesesuaian dengan persoalan kajian. Pengkaji membuat point khusus bagi menjawab persoalan kajian. Point ini menjamin ketepatan data yang diperoleh.
WIJDANN