FEEL FREE TO VISIT OUR GROUP CHANNEL.JANGAN LUPA SUBCRIBE😁
Jadual 1: Menunjukkan data mengenai masalah pembelajaran subjek kajian dalam kemahiran menulis dan membina ayat.
Sebelum pelaksanaan intervensi dengan menggunakan Teknik “SKOP”, pengkaji telah membuat tinjauan awal melalui data pemerhatian, latihan membina ayat dan ujian PBD. Pengkaji mengesan subjek-subjek kajian bermasalah dalam menggunakan kosa kata yang sesuai untuk membina ayat yang lengkap dan bermakna. Mereka juga sering membuat kesalahan ejaan dan tanda baca dalam menulis ayat. Mereka memerlukan bimbingan guru dalam membina ayat. Jadual 1 yang berikut menunjukkan data mengenai masalah pembelajaran subjek kajian dalam kemahiran menulis dan membina ayat.
Pengkaji mendapati bahawa masalah subjek-subjek kajian dalam menguasai kemahiran menulis dan membina ayat masih tidak dapat diselesaikan secara berkesan. Pengkaji telah mendapatkan data mengenai masalah murid dan membuat analisis daripada data-data yang dikumpul seperti mana yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Kemahiran menulis dan membina ayat.