FEEL FREE TO VISIT OUR GROUP CHANNEL.JANGAN LUPA SUBCRIBE😁
Data kajian dikumpul melalui pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Pemerhatian dilakukan secara tidak berstruktur dan transkrip pemerhatian telah disediakan. Temu bual telah dilaksanakan terhadap dua pihak, iaitu subjek kajian dan guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Teknik temu bual yang digunakan adalah separa struktur. Analisis dokumen dilakukan melalui latihan membina ayat dan ujian pentaksiran bilik darjah (PBD). Senarai semak disediakan untuk menganalisis ketiga-tiga dokumen ini.
WIJDANN
Data telah dianalisis melalui data yang diperolehi daripada pemerhatian, temu bual dengan subjek dan beberapa orang guru Bahasa Melayu tahun 4, senarai semak latihan bina ayat serta laporan ujian PBD. Pengkaji merekodkan dan mengkategorikan data yang diperoleh mengikut kesesuaian dengan persoalan kajian. Pengkaji membuat point khusus bagi menjawab persoalan kajian. Point ini menjamin ketepatan data yang diperoleh.
WIJDANN