MENAMBAH DAN MENGGUGUR KURSUS



PANDUAN MENAMBAH DAN MENGGUGUR KURSUS

 

MENAMBAH KURSUS

8.1 Pelajar boleh menambah kursus dengan syarat tidak melebihi jumlah kredit yang dibenarkan bagi semester berkenaan iaitu diantara dua belas (12) hingga dua puluh (20) atau seperti yang ditetapkan di dalam Dokumen Kurikulum dan Struktur Program yang sedang berkuatkuasa.

8.2 Penambahan kursus boleh dibuat pada minggu ke TIGA (3) sehingga  ke ENAM (6) sesi pengajian. Pelajar hendaklah terlebih dahulu mendapatkan nasihat dan sokongan daripada Penasihat Akademik dan/atau Ketua Program serta mendapat kelulusan Ketua Jabatan Akademik.

8.3 Selepas daripada tempoh yang ditetapkan, pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang penambahan kursus.

 

MENGGUGUR KURSUS

9.1 Pelajar boleh menggugur sesuatu kursus dengan syarat jumlah kredit kursus-kursus yang masih diambil tidak kurang daripada dua belas (12) kredit.

9.2 Pengguguran kursus boleh dibuat pada minggu ke TIGA (3) sehingga minggu ke ENAM (6) sesi pengajian. Pelajar hendaklah terlebih dahulu mendapatkan nasihat dan sokongan daripada Penasihat Akademik dan/atau Ketua Program serta mendapat kelulusan Ketua Jabatan Akademik.

9.3 Selepas daripada tempoh yang ditetapkan, pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang pengguguran kursus.

 

Sumber: Bahagian 2, Perkara 8 dan 9, Arahan-Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian (Diploma) Edisi 6, Jun 2019