PEMINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS (CTCE)
PEMINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS (CTCE)
PANDUAN RINGKAS PERMOHONAN
PEMINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS (CTCE)
1. Permohonan CTCE hanya boleh dibuat SATU (1) kali sepanjang tempoh pengajian.
2. Pelajar perlu berbincang dengan Penasihat Akademik (PA) bagi menyemak keseluruhan struktur program Diploma untuk mengenalpasti kursus yang layak untuk dipertimbangkan bagi permohonan CTCE.
3. Permohonan perlu dibuat bermula MINGGU PERTAMA (1) hingga MINGGU KETIGA (3) KULIAH.
4. Pindahan Kredit bagi Sijil ke Diploma/Diploma ke Diploma yang lain, pelajar hendaklah merujuk kepada Penasihat Akademik bagi mendapatkan silibus daripada institusi terdahulu. Kemudian, permohonan silibus akan dikeluarkan oleh Unit Kualiti melalui Ketua Program.
5. Permohonan CTCE pelajar akan melalui mesyuarat Jawatankuasa CTCE jabatan bagi membuat kesetaraan kursus dan mendapatkan sokongan di peringkat Jabatan Akademik.
6. Semua dokumen permohonan CTCE yang telah lengkap perlu dihantar melalui Penyelaras Peperiksaan Jabatan ke Unit Peperiksaan pada minggu keempat (4) kuliah.
7. Keputusan peringkat jabatan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa CTCE peringkat politeknik untuk mendapatkan kelulusan.
8. Keputusan CTCE akan diumumkan selewat-lewatnya MINGGU KEENAM (6) SESI PENGAJIAN.
9. Sila rujuk Garis Panduan Pemindahan Kredit dan Pengecualian Kursus Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2020 untuk maklumat selanjutnya.
Keputusan LULUS: Pelajar tidak perlu hadir ke kuliah dan status permohonan akan dikemaskini di dalam SPMP.
Keputusan GAGAL: Pelajar perlu hadir ke kuliah seperti biasa.
CARTA ALIR PERMOHONAN
PEMINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS (CTCE
Sumber: Garis Panduan Pemindahan Kredit Dan Pengecualian Kursus Politeknik Edisi 2020