2.7 Bagi pelajar yang mendapat Lulus dengan gred C-, D+ dan D bagi mana-mana kursus;
2.7.1 Pelajar dibenarkan untuk memperbaiki gred kursus hanya sekali sahaja sepanjang pengajian bagi kursus tersebut kecuali bagi kursus-kursus WBL.
2.7.2 Pelajar perlu mengikuti semula aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi kursus-kursus berkenaan sepenuhnya pada mana-mana semester berikutnya termasuk semester pendek.
2.7.3 Keputusan bagi pelajar yang memperbaiki gred kursus akan diambil dari gred terbaik.
2.7.4 Jumlah kredit yang perlu diambil oleh pelajar yang memperbaiki Gred Kursus tidak boleh melebihi dua puluh (20) kredit kecuali pada keadaan-keadaan yang tidak memungkinkan pelajar berbuat demikian dan mendapat kelulusan Timbalan Pengarah Akademik/Timbalan Pengarah/Ketua Jabatan.
2.7.5 Tempoh maksimum pengajian bagi sesuatu kursus masih terpakai kepada pelajar yang memperbaiki gred kursus.
2.7.6 Pelajar perlu melengkapkan dan menyerahkan Borang Pendaftaran Kursus (klik muat turun borang) kepada Unit Peperiksaan.
Sumber: Bahagian 2, Arahan-Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian (Diploma)
Edisi 1, 2025