INFO UNIT PEPERIKSAAN

POLITEKNIK NILAI



PENGENALAN

Unit Peperiksaan Politeknik Nilai, Negeri Sembilan (UPEP PNS) bertanggungjawab menguruskan dan menyelaras aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan peperiksaan, penilaian dan pensijilan. Unit ini diketuai oleh Ketua Unit Peperiksaan dan dibantu oleh seorang Pegawai Peperiksaan serta Penyelaras Peperiksaan Jabatan (PPJ) yang telah dilantik oleh setiap jabatan akademik.

Antara aktiviti utama yang dilaksanakan oleh Unit Peperiksaan adalah seperti berikut:

 


 

OBJEKTIF

Unit Peperiksaan adalah bertujuan untuk memastikan pelaksanaan proses pengurusan peperiksaan, penilaian dan pengurusan pensijilan dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan oleh Bahagian Peperiksaan dan Penilaian, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (BPN, JPPKK) merujuk kepada dokumen/panduan berikut :

a) Takwim Aktiviti Pentaksiran Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi.

b) Buku Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian (Diploma) Edisi 6, Jun 2019.

c) Garis Panduan berkaitan pengurusan dan pelaksanaan penilaian, peperiksaan akhir dan pensijilan.