Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah-Sekolah (NKISS) Kementerian Pendidikan Malaysia adalah aktiviti tahunan di bawah Sektor Pembangunan Program Adab dan Nilai, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini sudah bermula sejak tahun 2003. Pada tahun ini, aktiviti nadwah akan dilaksanakan secara dalam talian dan akan di laksanakan di bawah pengurusan urus setia Jurulatih Utama Kokurikulum Unit Pembangunan Adab dan Nilai, Sektor Pendidikan Islam, Negeri Selangor. Program ini akan diteruskan kesinambungannya bagi melahirkan saf kepemimpinan pelajar yang berketerampilan selari dengan tuntutan Islam bahawa kepimpinan adalah amanah Allah S.W.T.
Tarikh pelaksanaan : 12 Mei 2022 (Khamis)
Masa Pelaksanaan : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Medium : Secara Dalam Talian (Google Meet @ Zoom)
PPD SABAK BERNAM
PPD HULU SELANGOR
PPD KUALA SELANGOR
PPD KUALA LANGAT
PPD SEPANG
PPD KLANG
PPD PETALING PERDANA
PPD PETALING UTAMA
PPD GOMBAK
PPD HULU LANGAT
Semua peserta diwajibkan berada di sekolah masing-masing sepanjang program dilaksanakan secara dalam talian.
Sesi Dalam Talian (Online) semua peserta adalah tidak dibenarkan dibuat di rumah.
Setiap peserta hendaklah menggunakan Emel MOE bagi memudahkan pihak Urus Setia dan Jurulatih Utama berhubung dan melaksanakan aktiviti.
Setiap individu peserta menggunakan 1 laptop atau PC yang berfungsi dengan baik termasuk pembesar suara serta gambar paparan.
Program akan bermula pada jam 8.00 pagi bagi Slot 1 manakala Slot 2 akan bermula pada jam 10.30 pagi.
Pengurus Peserta / Guru Pengiring setiap sekolah hendaklah berada bersama-sama murid dan mengawal pergerakan murid di sekolah.
20 hadiah terbaik (10 orang dari Slot 1 & 10 orang dari Slot 2) akan diumumkan kepada peserta yang aktif dan terbaik sepanjang aktiviti dilajalankan.
Satu taklimat khas kepada semua Pengurus Peserta / Guru Pengiring akan diadakan pada :
- Tarikh : 11 Mei 2022 (Rabu)
- Masa : 5.30 petang
- Medium : Google Meet ( https://meet.google.com/ufk-odqb-uso )
Sekiranya terdapat pertukaran peserta, sila maklumkan kepada Urus Setia semasa sesi taklimat yang akan akan diadakan seperti maklumat di atas.
Semua peserta dan jurulatih MESTILAH mengisi maklumat kehadiran dan maklum balas dalam Google Form yang disediakan oleh Urus Setia dan mesti membuat pengisian ini seperti ketetapan berikut sebagai syarat untuk layak mendapat sijil :
- Slot 1 : Pengisian Google Form sehingga pada atau sebelum jam 11.00 pagi..
- Slot 2 : Pengisian Google Form sehingga pada atau sebeum jam 1.30 petang..