PENGENALAN
Mahrajan ADNI Guru Pendidikan Islam Selangor, Kementerian Pendidikan Malaysia 2024 merupakan satu inovasi program dakwah di kalangan guru-guru Pendidikan Islam di Negeri Selangor. Di samping mengetengahkan bakat GPI, program ini juga sebagai wahana silaturrahim di kalangan ahli PEKDIS Cawangan Selangor.
OBJEKTIF
Objektif Umum
Memartabatkan al-Quran dan hadis dalam kehidupan.
Mendekatkan GPI dengan al-Quran dan hadis.
Melahirkan GPI yang dapat menghayati dan membudayakan al-Quran dan hadis dalam kehidupan.
Meninggikan syiar Islam.
Merapatkan ukhuwwah di kalangan GPI dan ahli PEKDIS.
Objektif Khas
Mencungkil bakat dan kebolehan GPI dalam bacaan al-Quran, pengucapan umum dan penghasilan video kreatif.
Melahirkan GPI yang berketerampilan dan berani tampil di khalayak ramai.
Mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan menambah maklumat.