INFO TINGKATAN 6
INFO TINGKATAN 6
Tahniah diucapkan kepada Alumni Tingkatan 6 SMK Agama Pahang 2025 atas kejayaan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA).
15 daripada 16 orang pelajar berjaya menerima tawaran ke Universiti Awam dalam pelbagai program pengajian.
Seluruh warga SMK Agama Pahang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya. Semoga terus melakar kecemerlangan di menara gading.
Terus melangkah dengan ilmu, raih masa depan gemilang.
18.08.2026
PILIHAN RAYA PERWAKILAN PELAJAR TINGKATAN ENAM SEDANG BERLANGSUNG!
Hari ini, Selasa, 18 Ogos 2026, merupakan hari pembuangan undi bagi Pilihan Raya Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam SMK Agama Pahang Sesi 2026/2027.
Tuan Pengetua telah menunaikan tanggungjawab beliau dengan membuang undi pada jam 8.15 pagi.
Ayuh tunaikan tanggungjawab anda. Pilihlah calon yang berwibawa, amanah dan mampu membawa suara pelajar.
Satu Undi. Satu Harapan. Demi Masa Hadapan.
18.08.2026
PENGENALAN CALON PILIHAN RAYA PERWAKILAN PELAJAR TINGKATAN ENAM SMK AGAMA PAHANG SESI 2026/2027
Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah menghantar pencalonan. Pihak Jawatankuasa Pemilih Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam SMK Agama Pahang mengesahkan bahawa semua pencalonan telah diterima untuk bertanding dalam Pilihan Raya Perwakilan Pelajar sesi 2026/2027.
Tempoh berkempen akan berlangsung pada 10 hingga 14 Ogos 2026. Semoga semua calon dapat mengetengahkan visi, misi dan aspirasi masing-masing dengan penuh berhemah serta menjadi pemimpin yang mampu membawa suara pelajar.
🗳️ Hari Pengundian: 18 Ogos 2026
Serentak di seluruh negeri Pahang
Selamat berkempen dan semoga berjaya kepada semua calon!
06.08.2026
PROSES PENAMAAN CALON MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) TINGKATAN ENAM SMK AGAMA PAHANG SESI 2026/2027
5 Ogos 2026
Proses penamaan calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Tingkatan Enam SMK Agama Pahang bagi sesi 2026/2027 telah dilaksanakan pada 5 Ogos 2026 (Rabu).
Proses ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan MPP Tingkatan Enam SMK Agama Pahang sebagai persediaan awal bagi pemilihan barisan kepimpinan pelajar yang baharu.
Seramai 15 orang calon telah mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pemilihan MPP Tingkatan Enam sesi 2026/2027 setelah memenuhi syarat dan ketetapan yang telah ditetapkan.
Proses penamaan calon ini merupakan peringkat awal sebelum berlangsungnya proses pengundian bagi memilih wakil pelajar yang akan menerajui kepimpinan MPP Tingkatan Enam SMK Agama Pahang.
05.08.2026
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Tingkatan Enam SMK Agama Pahang sesi 2025/2026 telah dibubarkan secara rasmi pada 27 Julai 2026 (Isnin).
Pembubaran ini menandakan berakhirnya tempoh khidmat barisan kepimpinan MPP yang telah menjalankan amanah dalam membantu pengurusan pelajar Tingkatan Enam serta melaksanakan tanggungjawab yang diberikan sepanjang sesi tersebut.
Pihak sekolah merakamkan penghargaan dan terima kasih atas komitmen, kerjasama dan khidmat bakti yang telah diberikan oleh semua ahli MPP sepanjang tempoh perkhidmatan.
05.08.2026
SMK Agama Pahang telah menganjurkan Bengkel AI Pintar DELIMa Tingkatan Enam 2026 bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pembelajaran kreatif dan inovatif melalui pelantar DELIMa 3.0.
Bengkel ini telah disampaikan oleh En. Noor Azwan bin Azmi, GPGD Daerah Rompin, yang membimbing pelajar dalam penggunaan AI melalui DELIMa 3.0 bagi menghasilkan produk digital seperti lagu AI, infografik dan permainan interaktif berdasarkan topik pembelajaran yang dipilih.
Program ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran digital, kreativiti serta keupayaan pelajar dalam mengaplikasikan AI dalam pembelajaran abad ke-21 melalui platform DELIMa 3.0.
29.07.2026
Satu perjumpaan antara pelajar Tingkatan 6 bersama Tuan Pengetua, En. Wan Harun bin Wan Ali, telah diadakan sebagai wadah untuk menyampaikan amanat, berkongsi pandangan serta memperkukuhkan hubungan antara pihak pentadbiran sekolah dengan warga Tingkatan 6.
Dalam pertemuan ini, Tuan Pengetua menekankan kepentingan kecemerlangan akademik, pembentukan sahsiah terpuji, disiplin diri serta komitmen pelajar dalam menghadapi cabaran pengajian Tingkatan 6.
Semoga segala nasihat dan panduan yang disampaikan menjadi pemangkin kepada pelajar Tingkatan 6 untuk terus berkembang sebagai individu yang berilmu, berakhlak, berdaya saing serta mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.
28.07.2026
🤖 KURSUS KEJURULATIHAN (TOT) KEMAHIRAN AI (KECERDASAN BUATAN) GURU TINGKATAN 6 SMKA & SABK 🤖
Bagi memperkasa kompetensi digital dalam kalangan warga pendidik, Sektor Pendidikan Islam, JPN Pahang telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan (TOT) Kemahiran AI (Kecerdasan Buatan) yang melibatkan semua Guru Tingkatan 6 SMK Agama Pahang.
Program ini memberi pendedahan serta meningkatkan kefahaman guru dalam penerokaan teknologi kecerdasan buatan sebagai salah satu medium sokongan dalam pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif, inovatif dan berimpak.
📅 Tarikh: 28 Julai 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 9.00 pagi
📍 Tempat: Bilik KKQ, SMK Agama Pahang
🎙️ Penceramah/Penyampai:
En. Mohd Khairi Azmi
(Unit Teknologi Pendidikan, PPD Pekan)
Semoga perkongsian ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkasa amalan PdP berteraskan teknologi serta mendukung transformasi pendidikan digital.
28.07.2026
Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang akan menganjurkan Kursus Kejurulatihan (TOT) Kemahiran AI Guru Tingkatan Enam SMKA sebagai satu usaha memperkukuh kompetensi guru dalam mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan serta latihan kepada guru berkaitan penggunaan pelbagai aplikasi dan kemahiran AI secara kreatif, inovatif dan beretika bagi menyokong penghasilan bahan PdP yang berkualiti serta memperkasa amalan pendidikan digital.
📅 Tarikh: 28 Julai 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 4.30 petang
📍 Tempat: Bilik KKQ, SMKA Pahang
Diharapkan kursus ini dapat melahirkan barisan guru yang lebih bersedia, berkemahiran dan yakin dalam memanfaatkan teknologi AI sebagai pemangkin transformasi pendidikan masa kini.
28.07.2026
Selamat datang ke Pusat Tingkatan Enam SMK Agama Pahang! 🎉
Tahniah buat semua pelajar Semester 1 (Sesi 2026). Barisan guru bersedia untuk bantu dan bimbing anda semua.
Ayuh mulakan langkah baru dengan semangat baru dan buat yang terbaik sama-sama!
MAJLIS RESTU ILMU, SOLAT SUNAT HAJAT CALON STPM SEM. 1 DAN SEM. 3.
Telah dilaksanakan pada 14 Jan 2026, hari rabu bermula 7.30 pagi.
Mereka akan menduduki peperiksaan STPM bermula 21-27 Jan 2026 (Sem. 1) dan 20 Jan 2026 hingga 26 feb 2026 (Sem. 3)
Saya dengan rendah diri memohon doa semua untuk kemudahan dan kecemerlangan anak2 Ting. 6 dalam peperiksaan STPM.
KURSUS ASAS SUKARELAWAN ANAK MUDA PAHANG IN ACTION (SACTION) ZON TIMUR TAHUN 2025
TARIKH: 23-26 OKTOBER 2025 (KHAMIS-AHAD)
TEMPAT: KOMPLEKS RAKAN MUDA PANTAI BERNAS
PROGRAM REHLAH HIKING BUKIT RIDAN PELAJAR TINGKATAN 6
AHAD (26/10/2025)
7.00 PAGI - 10.30 PAGI
JOM MASUK TINGKATAN 6 SMK AGAMA PAHANG
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PARLIMEN MALAYSIA DAN UPSI
10 HINGGA 12 NOV 2022
KUALA LUMPUR DAN TANJONG MALIM, PERAK
HAFLAH AT-TAKRIM LILMUTAFAWWIQIN(MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN) STPM
19 OKTOBER 2022
PROGRAM MENTOR MENTEE
21 SEPT 2022
PROGRAM SEMARAK JAYA STPM SEMESTER 1 DAN SEMESTER 2
20 - 21 SEPT 2022