POTRET KEJAYAAN
POTRET KEJAYAAN
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:
🥇 FIRAS FAYYADH BIN AHMAD SHAHI
atas kejayaan meraih JOHAN
🥉 AHMAD DHABIT DARWISY
atas kejayaan meraih TEMPAT KETIGA
dalam Kejohanan PMS Orienteering Merdeka Challenge Peringkat Negeri Pahang 2026 yang dianjurkan oleh Politeknik Muadzam Shah pada 15 September 2026 (Selasa).
Kejayaan ini membuktikan semangat juang, ketahanan fizikal serta kesungguhan warga SMK Agama Pahang dalam mencipta kecemerlangan di peringkat negeri.
Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Tahniah kepada tiga orang pelajar SMK Agama Pahang:
Ainul Mursyidah
SHM Ardini
Nurul Zalikha Medina
atas kejayaan menerima ANUGERAH BINTANG PUTERI 1 dalam Girl Guides Star Skills Camp, pada 11–13 September 2026 bertempat di Kompleks Rakan Muda Pantai Bernas.
Program anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Cawangan Pahang Daerah Rompin.
Tahniah atas pencapaian yang membanggakan!
Sekalung tahniah diucapkan kepada:
Nor Ayatul Husna binti Mohammad Bakri
Johan Pertandingan Pembaca Bestari
Kategori Bahasa Melayu
Peringkat Daerah Rompin
Syabas atas kejayaan yang membanggakan ini. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah.
Guru Pembimbing: Pn Wan Mayzaitu Wahidah Mat Rani
08.09.2026
Sekalung tahniah diucapkan kepada:
Nurul Qistina Umairah binti Edy Suhairi
Tempat Ke-4 Pertandingan Pembaca Bestari
Kategori Bahasa Inggeris
Peringkat Daerah Rompin
Syabas atas usaha, komitmen dan kesungguhan yang telah ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus meningkatkan kecemerlangan dalam penguasaan bahasa serta bidang akademik.
Guru Pembimbing: Encik Ahmad Najib bin Azmi
08.09.2026
Tahniah kepada pasukan SMK Agama Pahang atas kejayaan meraih Naib Johan Negeri Pahang bagi kategori Robot Battle Challenge SM dan membawa pulang hadiah RM800 dalam Pahang STEM Competition 2026 yang berlangsung pada 26–28 Ogos 2026 di Pahang Skills Development Centre, Kuantan.
Kejayaan ini diraih oleh Adam Nur Mikraj Bin Mohd Hamidi (4AK) dan Muhammad Amsyar Al Amin Bin Muhammad Fadillah (4AK) di bawah bimbingan Tengku Mohd Hilmi Tengku Muhammad Daud.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Pahang Skills.
Syabas dan tahniah atas pencapaian yang membanggakan!
28.08.2026
Tahniah kepada kontinjen SMK Agama Pahang atas penyertaan dan pencapaian dalam Kejohanan Wira Busur 2026 Peringkat Kebangsaan.
📅 26–29 Ogos 2026
📍 SMKA Pagoh, Johor
Syabas kepada Ahmad Wafiy, Muhammad Afiq Qawwien, Izzah Insyirah dan Nasyratul Amjad serta guru pengiring Mohd. Shukri Abd Ghani, Rahimah Abd Halim dan Sharma Eliana Shafie.
Semoga terus tepat sasaran, teguh pegangan!
28.08.2026
Tahniah kepada Pasukan Al-Humaira’ SMK Agama Pahang atas kejayaan meraih JOHAN dalam Pertandingan Nasyid Terbuka sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul, Masjid Fatimah Az-Zahraa, Kuantan, Pahang.
🥇 JOHAN
💰 Hadiah RM700 + Piala
Guru Pembimbing:
🌿 Ustazah Eliana
🌿 Ustaz Azhar
🌿 Ustaz Izzuddin
Syabas atas persembahan cemerlang dan kejayaan mengharumkan nama SMK Agama Pahang. Teruskan melakar kecemerlangan!
26.08.2026
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pasukan Choral Speaking SMK Agama Pahang atas kejayaan meraih TEMPAT KEDUA dalam Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri Pahang, sekali gus membawa cabaran Daerah Rompin.
Pertandingan telah berlangsung di Dewan Al-Falah, SBPI Kuantan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru pembimbing iaitu Pn Siti Norainaa Binti Mohd Zaidi dan Pn Farah Hasnoor Binti Jaafar.
Terima kasih atas komitmen, bimbingan dan usaha gigih para peserta serta guru pembimbing sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah dan Daerah Rompin.
Syabas dan tahniah! Terus melakar kecemerlangan.
26.08.2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada tiga orang murid SMK Agama Pahang yang telah menyertai Karnival STEAM 2026: Semarak Inovasi – Cetus Kreativiti Generasi Muda pada 20 Ogos 2026 bertempat di Politeknik Muadzam Shah.
Murid yang terlibat ialah:
1. Muhammad Ameer Wazif bin Nurul Azeli (3AT)
2. Muhammad Asjad bin Raja Mohar @ Noor Faizal (3AT)
3. Muhammad Aqif Qawwien bin Mohd Anizan (3AK)
Mereka telah menyertai:
🔹 Calculus Board Competition – Peringkat Kebangsaan
🔹 Calculator Challenge 2026
🔹 Pertandingan Inovasi STEAM – Peringkat Daerah
Terima kasih dan penghargaan turut diberikan kepada guru pengiring, Pn. Azliza Binti Alias dan Pn. Sharma Eliana Binti Shafie, atas bimbingan serta komitmen yang diberikan.
En Wan Harun Wan Ali, Pengetua SMK Agama Pahang dan seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah!
20.08.2026
TAHNIAH, WAN AQIF RAIHAN BIN WAN RAJIUN!
Sekalung tahniah diucapkan kepada Wan Aqif Raihan atas kejayaan mewakili daerah Rompin dalam Kejohanan Bola Sepak MSS Pahang Bawah 15 Tahun.
Pasukan Rompin telah berjaya meraih TEMPAT KETIGA dalam kejohanan tersebut. Pencapaian ini amat membanggakan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah.
En. Wan Harun bin Wan Ali, Pengetua SMK Agama Pahang serta seluruh warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan ini.
Semoga Wan Aqif terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama sekolah pada masa hadapan.
18.08.2026
Tahniah kepada Muhammad Hafy bin Ashraf (3AK) atas penyertaan dalam 16th Korea National Scout Jamboree 2026 di Gangwon, Korea Selatan, sekali gus mewakili Kontinjen Persekutuan Pengakap Malaysia.
Semoga pengalaman di pentas antarabangsa ini menjadi inspirasi untuk terus cemerlang.
10.08.2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Mohammad Danish Hakim bin Danial Tan dari kelas 2 Ibnu Sina atas kejayaan meraih Tempat Ke-5 dalam Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi Madani Peringkat Negeri Pahang 2026.
Pertandingan yang berlangsung pada 5–6 Ogos 2026 bertempat di IPG Kuala Lipis ini telah menghimpunkan peserta-peserta terbaik dari seluruh negeri Pahang dalam bidang pengucapan awam.
Kejayaan ini membuktikan bakat, keyakinan serta usaha gigih Danish dalam mengharumkan nama sekolah. Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada Pn. Norasyikin selaku guru pembimbing atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan, serta Cikgu Amien Haiqal selaku guru pengiring atas komitmen dan sokongan sepanjang penyertaan pertandingan ini.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
Syabas dan tahniah!
07.08.2026
TAHNIAH KONTINJEN KRS SMK AGAMA PAHANG
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) SMK Agama Pahang atas kejayaan memperoleh Tempat Ke-5 dalam Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform KRS Peringkat Negeri Pahang 2026 yang berlangsung pada 4 hingga 5 Ogos 2026.
Syabas kepada semua peserta, guru pembimbing serta warga sekolah atas komitmen dan usaha yang diberikan.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.
05.08.2026
🌿 TAHNIAH WARGA PENGAKAP SMKAP! 🌿
PEMBANGUNAN KOKURIKULUM (KOKO) 2026
Seramai 20 orang pelajar bersama 2 orang guru pengiring telah menyertai Kem Kemahiran Pengakap Muda dan Pengakap Remaja Peringkat Negeri Pahang 2026 yang berlangsung pada:
📅 23 – 25 Julai 2026
🕖 7.00 pagi – 11.00 malam
📍 Pusat Rekreasi Sungai Sia, Ulu Sungai, Raub, Pahang
Sepanjang program ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang menguji kemahiran, disiplin, kepimpinan, semangat berpasukan dan daya tahan diri selaras dengan matlamat pembangunan sahsiah ahli Pengakap.
🏅 Pencapaian membanggakan!
Semua peserta berjaya melengkapkan 8 lencana wajib Pengakap Muda dan seterusnya dianugerahkan Lencana Jaya, iaitu satu pengiktirafan penting dalam perkembangan seorang ahli Pengakap.
Tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan usaha yang ditunjukkan sepanjang program. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam membentuk sahsiah, jati diri dan kepimpinan yang cemerlang.
Syabas dan tahniah! Teruskan melakar kecemerlangan demi mengharumkan nama SMK Agama Pahang.
27.07.2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muzayana binti Abd Manan atas penganugerahan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negeri Pahang 2026.
📍 Program: Majlis Anugerah Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negeri Pahang 2026
📅 Tarikh: 23 Julai 2026
🕑 Masa: 2.00 petang
📍 Tempat: Dewan SUK Pahang, Kuantan
Pengiktirafan ini merupakan penghargaan atas komitmen, dedikasi dan semangat kepimpinan yang telah ditunjukkan dalam bidang kepengakapan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus cemerlang dalam bidang kokurikulum serta melahirkan generasi yang berdisiplin, berbakti dan berjiwa pemimpin.
Warga sekolah merakamkan ucapan tahniah dan mendoakan semoga terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Syabas dan teruskan kecemerlangan!
27.07.2026
Selamat maju jaya buat Siti Aisyah Humayrah binti Mohd Rizal yang mewakili sekolah dalam Kejohanan Olahraga MSSP Pahang 2026 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
22.07.2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada enam orang pelajar SMK Agama Pahang yang telah mengharumkan nama sekolah menerusi penyertaan dalam Nadwah Kepemimpinan Islam Generasi Madani (NKIGM) Peringkat Kebangsaan Zon 3 yang berlangsung pada 10 hingga 12 Julai 2026 di D’Village Resort, Alor Gajah, Melaka.
Antara pelajar yang mewakili sekolah ialah:
🔹 Nur Nabihah Zubir
🔹 Nurul Zalikha Medina binti Mohd Zuhairi
🔹 Awatif Nur Hannah binti Mohd Sobri
🔹 Tuan Aziman Idlan bin Tuan Kop
🔹 Muhammad Luqmanul Hakim bin Yusdi Mohammad
🔹 Mohamad Faeq Zafran bin Mohamad Faiz
Delegasi SMK Agama Pahang telah diiringi oleh Ustazah Ainul Husna binti Abdul Samad selaku guru pengiring sepanjang program berlangsung.
🌟 Pencapaian Membanggakan
🏆 Awatif Nur Hannah binti Mohd Sobri
🥇 Johan Anugerah Fatimah Az-Zahra (Berkumpulan)
🥈 Nur Nabihah Zubir
Naib Johan Anugerah Fatimah Az-Zahra (Berkumpulan)
Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih para pelajar, bimbingan guru serta sokongan padu daripada semua pihak. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SMK Agama Pahang untuk terus mengorak langkah, memperkasa potensi diri dan melakar lebih banyak kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.
14.07.2026
Tahniah kepada pelajar SMK Agama Pahang yang telah mewakili sekolah ke Kursus Kepimpinan MADANI Peringkat Kebangsaan pada 3–6 Julai 2026 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Pelajar terlibat:
• Firas Fayyadh bin Ahmad Shahi
• Nada Khalisah binti Muhammad Khairullah
• Raihan Nabilah binti Mohd Zawawi
• Chempaka Aleeysa binti Mohd Zairani
Guru Pengiring:
• Ustazah Ainul Husna binti Abdul Samad
🏆 Tahniah khas kepada Chempaka Aleeysa binti Mohd Zairani atas kejayaan meraih Anugerah Buku Log Terbaik Kategori Perempuan.
14.07.2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Afiq Zhaquan Bin Azman atas kejayaan cemerlang memperoleh PNGK 4.00 dalam peperiksaan STPM 2025.
Semoga pencapaian membanggakan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.
Tahniah dan syabas!
Daripada Warga SMK Agama Pahang
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga SMK Agama Pahang atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan STPM 2025 apabila berjaya mencatatkan GPS 3.20 dengan kelulusan 100% bagi semua calon.
Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama erat, komitmen tinggi dan usaha berterusan daripada para pelajar, guru, ibu bapa serta seluruh warga sekolah dalam merealisasikan budaya kecemerlangan.
Semoga pencapaian yang membanggakan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
Tahniah dan syabas kepada semua!
Naib Johan Pertandingan Bridge Building Sekolah Menengah di Festival STEM Daerah Rompin 2026
Tempat Ke-3 Pertandingan Roket Air Sekolah Menengah di Festival STEM Daerah Rompin 2026
SASABILA SAFRI NAIB JUARA CHESS BAWAH 18 MSSP 2026
Tahniah diucapkan kepada adik Aisyah Fadhlina binti Mohd Hafiz atas kejayaan mendapat Johan dalam pertandingan MSU Quranic League Peringkat Kebangsaan yang diadakan di MSU, Shah Alam.
SMKAP Johan Acara 4x100 Jemputan Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Muadzam Jaya
Tahniah dan Syabas SMKA Pahang.
PINGAT EMAS Pertandingan Inovasi Peringkat Negeri Pahang 2026
TEMPAT KE-4
PERTANDINGAN KITAR SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH(PerKISS) PERINGKAT NEGERI PAHANG
PERTANDINGAN INOVASI STEAM 2025 PERINGKAT DAERAH ROMPIN
Tarikh : 28 Ogos 2025
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Politeknik Muadzam Shah
PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEMPENA FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH ROMPIN 2025
Tarikh : 9 JULAI 2025
Hari : RABU
Tempat : KOMPLEKS SUKAN AIR PANTAI BERNAS, ROMPIN
Pencapaian: Naib Johan(P)
TEMPAT KE - 3(KHAT)
FESTIVAL NASYID, KHAT DAN NASYID KAFOA (FNKSS)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2025
25-26 Jun 2025 (Rabu-Khamis)
Kompleks Rakan Muda, Dong Raub Pahang
TEMPAT KE - 5(NASYID)
FESTIVAL NASYID, KHAT DAN NASYID KAFOA (FNKSS)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2025
25-26 Jun 2025 (Rabu-Khamis)
Kompleks Rakan Muda, Dong Raub Pahang
KEJOHANAN WOODBALL REMAJA 2.0 JEMPUTAN ROMPIN TAHUN 2025
Tarikh : 14 JUN 2025
Hari : SABTU
Masa : 8.00 PG - 5.00 PTG
Tempat : LAMAN WOODBALL MUADZAM SHAH
Kategori Remaja Lelaki U19
1. Mohd Abdul Hadi (4AK) - NO.6
2. Raisha Mikail (4IK) - NO.8
Kategori Remaja Lelaki U15
1. Raisha Mukriz (3IK) - NO.10
Kategori Remaja Perempuan U19
1. Nik NurSyifa' Anisya (4AT) - NAIB JOHAN
2. Amna Fahimah (4IK) - NO.6
3. Nurul Farhaana (4IK) - NO.8
4. Puteri Nureen Aliyah (4AT)
Kategori Remaja Perempuan U15
1. Nurul Aina Safiya (1AT) - NO.7
2. Nur Irdina Zahirah (2AK) - NO.9
KEPUTUSAN SPM 2024
PERTANDINGAN AZAN DAN HAFAZAN PERINGKAT DAERAH ROMPIN
Johan Azan
Tempat ke 4 Azan
Johan hafazan Lelaki
Naib johan Perempuan
Majlis Anugerah Rambu Hijau Pengakap Muda di SSTP
Majlis Apresisasi Semarak ADNI
Peringkat Negeri Pahang.
Tarikh :10 disember 2024
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Sri Adnan, SK Kampung Belukar, Kuantan
Anjuran : SPI Pahang
Tahniah Amni Farwizah
Johan Acara Kereta Solar
Karnival Tenaga Lestari Peringkat Negeri Pahang 2024 di SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, anjuran Yayasan Hijau Malaysia.
Alhamdulillah, sekali lagi Amni Farwizah dipilih sebagai peserta terbaik puteri Kem Pemantapan NKISS Peringkat Kebangsaan 2024.
Pertandingan PerKISS Peringkat Negeri Pahang 2024
Naib Johan Kategeri Utama
KEPUTUSAN MQSS PERINGKAT NEGERI PAHANG 2024
Tilawah Al-Quran Menengah Perempuan
- Aisyah Fadhlina bt M.Hafiz(Johan)
Kuiz Ilmu Wahyu
- Huda Nasuha bt Ahmad Sani(Naib Johan)
- Iffah Hanani bt M.Zaib(Ketiga)
- Aina Batrisyia bt Abd Rahim(Ketiga)
KEPUTUSAN STPM 2023
TARIKH: 23 JULAI 2024(SELASA)
KEPUTUSAN SPM 2023
TARIKH: 27 MEI 2024(ISNIN)
TEMPAT: DEWAN AL-BIRUNI
JOHAN
KETIGA & KELIMA