PROGRAM SEKOLAH
PROGRAM SEKOLAH
Pada 11 September 2026, telah berlangsung Program Jaringan SMK Agama Pahang dengan SK Buluh Nipis: CATURMATIK STEMSPARK’26 SMKAP sempena KMR PBL Siri 1 Tahun 2026.
📅 Tarikh: 11 September 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi – 10.00 pagi
📍 Tempat: Makmal Sains & Kantin SMKAP
👥 Penglibatan: Semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
🔬 Anjuran: Bidang Sains Matematik
Program ini menjadi platform pembelajaran yang menggabungkan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan yang menyeronokkan, kreatif dan interaktif.
Jaringan bersama SK Buluh Nipis turut membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman serta menggalakkan murid meneroka pembelajaran melalui aktiviti berasaskan projek (Project-Based Learning – PBL).
Semoga program ini terus menyemarakkan minat murid terhadap STEM serta melahirkan generasi yang kreatif, kritis, inovatif dan berdaya saing.
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK & MAJLIS PENUTUPAN DIGIGURU DELIMa 2026 SMK AGAMA PAHANG
SMK Agama Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Amirul Arief bin Zakri, Eksekutif Kanan, Jabatan Syariah dan Pematuhan Halal, QSR Brands (M) Holdings Bhd., atas kesudian merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Majlis Penutupan DigiGuru DELIMa 2026.
Lebih membanggakan, beliau merupakan alumni SMK Agama Pahang yang kembali ke alma mater untuk meraikan kejayaan generasi penerus SMKAP. Kehadiran beliau menjadi inspirasi kepada seluruh murid bahawa usaha gigih, ilmu dan sahsiah terpuji mampu membawa seseorang menuju kejayaan.
Majlis turut menyaksikan upacara menandatangani dokumen permuafakatan antara SMK Agama Pahang dengan Encik Amirul Arief bin Zakri. Permuafakatan ini menjadi simbol jalinan kerjasama dan hubungan erat antara pihak sekolah dengan alumni dalam menyokong usaha pembangunan serta kecemerlangan pendidikan.
Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan atas tajaan istimewa berupa 1,000 kotak ayam KFC dan 1,000 kotak pizza daripada Pizza Hut bagi memeriahkan majlis serta menggembirakan seluruh warga sekolah.
Tuan Pengetua, Wan Harun bin Wan Ali, mewakili seluruh warga SMKAP, merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Encik Amirul Arief kembali menyumbang kepada sekolah yang pernah menjadi medan beliau menimba ilmu.
Semoga jalinan kerjasama ini terus subur dalam usaha melahirkan generasi SMKAP yang cemerlang, berakhlak, celik digital dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
“Dari SMKAP Melakar Impian, Kembali Menyemai Inspirasi.”
28.08.2026
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ﷺ PERINGKAT SMK AGAMA PAHANG 2026
Alhamdulillah, Sambutan Maulidur Rasul ﷺ telah berlangsung dengan penuh penghayatan dalam menyemarakkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.
📅 26 Ogos 2026 | Rabu
🕌 Surau As-Syafie, SMK Agama Pahang
Semoga sambutan ini menjadi wadah untuk kita terus meneladani akhlak Rasulullah ﷺ dan menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.
“Menyubur Cinta, Meneladani Rasulullah ﷺ”
26.08.2026
TOT PRS : KITAKAN SAHABAT (PROGRAM SAFE)
Seramai 16 orang ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tingkatan 2 hingga 4 telah menyertai program TOT PRS: KITAKAN SAHABAT (Program SAFE) sebagai usaha memperkasa peranan PRS dalam membina persekitaran sekolah yang selamat, prihatin dan saling menyokong.
📅 21 Ogos 2026 | Jumaat
📍 Sekitar SMK Agama Pahang
👥 16 Ahli PRS Tingkatan 2–4
🏫 Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat membantu ahli PRS menjadi sahabat yang mendengar, memahami dan membantu rakan-rakan yang memerlukan.
21.08.2026
PROGRAM PELUNCURAN USRAH SIRAH SMKA PAHANG 2026
Alhamdulillah, Program Peluncuran Usrah Sirah SMKA Pahang telah dilaksanakan sebagai satu usaha menyemarakkan penghayatan sirah Rasulullah SAW dalam kalangan warga sekolah.
📅 21 Ogos 2026 | Jumaat
⏰ 7.30 – 8.00 pagi
📍 Surau As-Syafie, SMK Agama Pahang
Semoga pelaksanaan Usrah Sirah ini dapat membentuk generasi Rabbani, Unggul dan Berjiwa Al-Quran, seterusnya menjadikan sirah Rasulullah SAW sebagai panduan dan teladan dalam kehidupan. 🤲🏻✨
“Dan sesungguhnya untukmu ganjaran yang tidak terputus.”
(Surah Al-Qalam: 3)
21.08.2026
KEM CENDEKIA AL-QURAN (KCA) SECARA HIBRID 2026
Alhamdulillah, Kem Cendekia Al-Quran (KCA) secara hibrid telah berlangsung dengan jayanya pada:
📅 20 Ogos 2026 | Khamis
📍 Dewan Al-Farabi
👥 Guru KKQ dan pelajar KKQ Tingkatan 1–5
🏛️ Anjuran Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia
Program ini menjadi wadah memperkukuh pengetahuan, kemahiran serta kecintaan para pelajar terhadap pengajian Al-Quran.
Syabas dan tahniah kepada semua guru serta pelajar yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan diamalkan dalam kehidupan.
21.08.2026
LATIHAN PENGOSONGAN BANGUNAN SMK AGAMA PAHANG
Alhamdulillah, telah berlangsung Latihan Pengosongan Bangunan melibatkan seluruh warga SMK Agama Pahang pada Khamis, 13 Ogos 2026, sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan seperti kebakaran atau bencana lain.
Latihan ini bertujuan meningkatkan tahap kesedaran, disiplin serta kecekapan warga sekolah dalam mematuhi prosedur keselamatan, khususnya ketika proses pemindahan dan berkumpul di lokasi selamat.
Kerjasama semua guru, staf dan murid sepanjang latihan ini amat dihargai. Semoga latihan seperti ini dapat membentuk warga sekolah yang lebih bersedia, peka dan mengutamakan aspek keselamatan.
15.08.2026
🌟 MAJLIS PELANCARAN SAFE DAN AMALAN 6S 🌟
📅 14 Ogos 2025 | Jumaat
⏰ 7.20 pagi
📍 Surau As-Syafie
👥 Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling
Majlis Pelancaran SAFE dan Amalan 6S telah berjaya dilaksanakan sebagai satu usaha memperkukuh persekitaran sekolah yang selamat, sejahtera dan kondusif.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Inspektor Mohd Razif bin Md Wahi dari IPD Rompin.
Semoga pelaksanaan SAFE dan Amalan 6S dapat membudayakan sikap positif, meningkatkan kesedaran warga sekolah serta melahirkan murid yang berdisiplin, prihatin dan bertanggungjawab.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
15.08.2026
PROGRAM PENGHAYATAN HADIS 40 (HADIS KE-11)
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Penghayatan Hadis 40 (Hadis ke-11) yang melibatkan seluruh warga sekolah pada 7 Ogos 2026 (Jumaat) bertempat di Surau As Syafie.
Program yang berlangsung pada 7.30 pagi hingga 8.00 pagi ini menampilkan penyampaian ilmu oleh Ustaz Muhamad Fahmi Idham bin Musa berkaitan Hadis ke-11 Imam Nawawi iaitu “Meninggalkan perkara yang meragukan kepada perkara yang tidak meragukan.”
Hadis ini mengajak umat Islam supaya sentiasa berhati-hati dalam kehidupan dengan menjauhi perkara syubhah, memilih perkara yang jelas kebenarannya serta membuat keputusan yang membawa ketenangan hati dan keberkatan.
Semoga program ini dapat menyemai kecintaan warga sekolah terhadap ilmu hadis serta membentuk generasi yang berakhlak, berilmu dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.
07.08.2026
✨ BENGKEL DIGI GURU DELIMA SMK AGAMA PAHANG ✨
SMK Agama Pahang telah melaksanakan Bengkel Digi Guru DELIMA bagi memperkasa kemahiran digital warga pendidik dalam penggunaan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) dalam PdP.
Bengkel yang disampaikan oleh Encik Noor Azwan bin Azmi, GPGD Daerah Rompin ini memberi pendedahan kepada guru tentang penggunaan NotebookLM untuk mengurus sumber, merumus maklumat serta menghasilkan bahan pengajaran dengan lebih mudah, pantas dan berkesan.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat membantu guru memperkaya kaedah PdP serta mewujudkan pembelajaran yang lebih kreatif dan bermakna.
06.08.2026
Gotong-royong Makmal Sains
Pada 5 Julai 2026 (Rabu), telah berlangsung Program Gotong-royong Makmal Sains bertempat di Makmal Kimia.
Program ini melibatkan aktiviti pembersihan dan penyusunan semula ruang makmal bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa, kemas dan kondusif untuk warga sekolah.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
05.08.2026
TAHSIN SOLAT TINGKATAN 1 SMK AGAMA PAHANG
“Solat yang sempurna bermula dengan ilmu, kefahaman dan penghayatan.”
Telah berlangsung Program Tahsin Solat Tingkatan 1 yang bertujuan membimbing para pelajar memperkemas bacaan, memperbetulkan pergerakan serta meningkatkan kefahaman terhadap pelaksanaan ibadah solat dengan lebih tepat dan sempurna.
Program ini diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 4 Ogos 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 3.30 petang – 4.30 petang
📍 Tempat: Surau As-Syafie, SMK Agama Pahang
Semoga program ini dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki penghayatan agama yang kukuh serta menjadikan solat sebagai asas pembentukan sahsiah dan jati diri.
05.08.2026
Alhamdulillah, telah berlangsung Hari Pelaporan Akademik SMK Agama Pahang sebagai satu platform pertemuan antara pihak sekolah, guru dan ibu bapa bagi membincangkan perkembangan akademik, sahsiah serta potensi anak-anak didik.
Program ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk mendapatkan gambaran lebih jelas tentang pencapaian semasa anak-anak, mengenal pasti kekuatan dan aspek yang perlu dipertingkatkan, seterusnya merancang langkah penambahbaikan bersama pihak sekolah.
Kerjasama erat antara guru, ibu bapa dan pelajar menjadi tunjang utama dalam memastikan kecemerlangan akademik dapat dicapai seiring dengan pembentukan sahsiah yang unggul.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir serta warga pendidik SMK Agama Pahang yang sentiasa komited membimbing anak-anak menuju kejayaan.
30.07.2026
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dimaklumkan bahawa Hari Pelaporan Akademik SMK Agama Pahang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 30 Julai 2026 (Khamis)
🕘 Masa: 9.00 pagi
📍 Tempat: Kelas masing-masing
Program ini melibatkan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bagi tujuan penyerahan:
✅ Slip Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
✅ Keputusan Ujian Pertengahan Sesi Akademik
Kerjasama dan kehadiran ibu bapa/penjaga amatlah dihargai dalam memastikan perkembangan akademik serta prestasi anak-anak sentiasa diberi perhatian.
27.07.2026
Sebagai langkah meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keselamatan warga asrama, SMK Agama Pahang telah mengadakan Latihan Kebakaran melibatkan penghuni Aspura dan Aspuri.
🗓 Tarikh: 24 Julai 2026 (Jumaat)
🕚 Masa: 11.50 malam
📍 Tempat: Aspura dan Aspuri
Latihan ini telah melibatkan:
• Pengetua
• Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM)
• Penyelaras Keselamatan
• Warden Asrama
• Murid
Program ini bertujuan membiasakan warga asrama dengan prosedur pemindahan kecemasan, menguji tahap kesiapsiagaan serta memastikan setiap individu mengetahui tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran atau situasi kecemasan.
25.07.2026
Bagi memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih, selamat dan bebas daripada pembiakan nyamuk, SMK Agama Pahang telah melaksanakan aktiviti Fogging di seluruh kawasan sekolah dan asrama.
🗓 Tarikh: 24 Julai 2026 (Jumaat)
🕡 Masa: 6.50 petang
📍 Tempat: Kawasan sekolah & asrama
Aktiviti ini telah disertai oleh:
• Pengetua
• Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM)
• Warden Asrama
• Warga Asrama
Semoga usaha ini dapat membantu mewujudkan persekitaran yang lebih sihat, selamat dan kondusif buat seluruh warga sekolah.
25.07.2026
PROGRAM PINTAR STEM KEBANGSAAN 2026
Pada 12 Julai 2026, SMK Agama Pahang telah melaksanakan Program PINTAR STEM Kebangsaan 2026 hasil kerjasama JPN, PINTAR dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
Program ini melibatkan 150 orang murid Tingkatan 1, 2 dan 3, dibimbing oleh 14 orang guru Sains, Matematik dan ASK serta 10 orang fasilitator pelajar daripada kelas 4AB.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Drone, Mobility Car, Kecerdasan AI, Robomath Quest dan Rekabentuk Kejuruteraan. Program ini bertujuan memupuk minat, meningkatkan kemahiran serta menyerlahkan potensi murid dalam bidang STEM melalui pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.
14.07.2026
CERAMAH ANTI BULI BERSAMA PPS
Tarikh: 10/9/2025
Hari: rabu
Masa: 3.30-4.30ptg
Tempat: Dewan sekolah
Sasaran: Semua murid Dan guru
CERAMAH SALAH LAKU DISIPLIN OLEH PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS)
Tarikh: 09/07/2025 (Rabu)
Masa: 3.30 pm
Tempat: Dewan Al Farabi
Sasaran: Semua Pelajar Ting 1-4
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Transformasi Sekolah (TS25) SMK Agama Pahang merangka Program STEM Showcase Kefahaman Melalui Reka Bentuk (KMR-PBL) Siri 1 Tahun 2025 seperti ketetapan berikut :👇
Program : STEM SHOWCASE KMR-PBL SIRI 1 TAHUN 2025
Tarikh : 8 JULAI 2025
Hari : SELASA
Masa : 7.40 PG - 1.30 PTG
Tempat : MAKMAL BIOLOGI 1 & DEWAN AL FARABI SMKAP
Sasaran : SEMUA PELAJAR TINGKATAN 2
Tema : HEALTHY SANDO: GOOD FOOD, GOOD MOOD
*TENTATIF PROGRAM*
07.40 am : Ketibaan guru dan murid
09.00 am : Murid Rehat
09.20 am : Semua pelajar dan guru Tingkatan 2 masuk ke dewan
09.30 am : STEM Showcase KMR-PBL dan penjurian
12.00 pm : Perarakan masuk tetamu, Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang dan Sekolah
12.10 pm : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis & Bacaan doa
12.15 pm : Ucapan Perasmian oleh Pengetua
12.30 pm : Penyampaian hadiah
12.45 pm : Sesi fotografi
01.30 pm : Bersurai
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menganjurkan program STEM peringkat kebangsaan mengikut ketetapan berikut👇
Program : PROGRAM STI 100³ dan STEM IN 30 SECONDS
Tarikh : 7 JULAI 2025
Hari : ISNIN
Masa : 7.30 PG - 8.30 PG
Tempat : DEWAN AL FARABI SMKAP
Sasaran : SEMUA GURU DAN PELAJAR
TENTATIF PROGRAM
7.30 pg : Ketibaan guru dan murid
7.35 pg : Nyanyian lagu kebangsaan Negaraku, Negeri Pahang dan Sekolah
7.45 pg : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
7.50 pg : Bacaan doa
8.00 pg : STEM IN 30 SECONDS (Murid)
8.10 pg : Sesi STI 100³ bersama guru STEM
8.20 pg : Ucapan Perasmian oleh Pengetua @ PKP
8.30 pg : Bersurai
PROGRAM KEBITARAAN BAHASA ARAB
Tarikh : 21/5/2025 ( Rabu)
Masa: 7.10- 7.35 pagi
Tempat : Dataran Smka Pahang
Sasaran : Ting 1- 5
Bahasa : Bahasa Arab
Program : Majlis Ikrar Belia Malaysia Sempena Hari Belia Negara 2025
Tarikh : 15 Mei 2025
Tempat : Surau As Shafie
UJIAN DIAGNOSTIK DLP TINGKATAN 1
Tarikh: 25/02/2025(Selasa)
Masa: 8.00-10.00 am
Tempat: Dewan Al-Farabi SMKAP
CERAMAH THALESEMIA
TARIKH : 25/2/2025 (Selasa)
MASA : 3.30 PM- 4.30 PM
TEMPAT : DEWAN AL FARABI
SASARAN : SEMUA PELAJAR TINGKATAN 4
PENYAMPAIAN BANTUAN PRIHATIN PAHANG KEPADA PELAJAR TINGKATAN 5 & 6
07.11.2022(ISNIN)
PROGRAM BERSAMA MEMPERKASAKAN EKONOMI UMAT ISLAM
20 OKTOBER 2022(KHAMIS)
WORLD CLEANUP DAY 2022
Tarikh: 23 Sept 2022(Jumaat)
PELANCARAN BULAN STEM
Tarikh: 8 Ogos 2022(Rabu)