INFO TERKINI / INFO SEMASA
INFO TERKINI / INFO SEMASA
SELAMAT MAJU JAYA
Seluruh warga SMK Agama Pahang mengucapkan selamat maju jaya kepada Tuan Haji Muhammad Shukri bin Abdul Ghani, GPK Kokurikulum, yang akan bertukar ke SMA Al-Hasanah sebagai GPK Hal Ehwal Murid.
Terima kasih atas khidmat bakti, komitmen dan sumbangan tuan sepanjang berkhidmat di SMK Agama Pahang.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan terus cemerlang dalam menggalas amanah di sekolah baharu.
SELAMAT DATANG KE SMK AGAMA PAHANG
Seluruh warga SMK Agama Pahang mengalu-alukan kedatangan Puan Halisa binti Hassim, Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu.
Semoga kehadiran puan menyuntik semangat baharu dalam memperkasa kokurikulum serta mengembangkan bakat dan potensi murid.
Selamat menjalankan amanah. Bersama-sama kita membina kecemerlangan sekolah.
Ikhlas daripada seluruh warga SMK Agama Pahang
SMK Agama Pahang dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Nor Syakirah binti Bahru, guru praktikal daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang akan menjalani latihan praktikum di sekolah ini.
Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan sedang mengikuti pengajian Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) di UKM.
Sepanjang tempoh praktikum bermula 3 Ogos hingga 30 Oktober 2026, beliau akan mengendalikan pengajaran bagi mata pelajaran:
📘 Ekonomi – Tingkatan 4 Ibnu Khaldun
📖 Sejarah – Tingkatan 3 Al-Khawarizmi dan Tingkatan 3 Ibnu Sina
Bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh praktikum akan dipantau oleh Pn. Nur Aisyah binti Mansor, selaku guru pembimbing.
Seluruh warga SMK Agama Pahang mengucapkan selamat datang dan selamat menjalani pengalaman berharga dalam dunia pendidikan. Semoga praktikum ini menjadi medan untuk memperkasa kompetensi perguruan, mencipta pengalaman bermakna serta memberi inspirasi kepada warga sekolah.
05.08.2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pihak SMK Agama Pahang ingin memaklumkan penggunaan aplikasi Parent QR Points sebagai medium digital untuk membantu ibu bapa memantau perkembangan anak-anak dengan lebih dekat.
Melalui aplikasi ini, ibu bapa boleh menyemak:
✅ Rekod kehadiran anak
✅ Aktiviti dan mata ganjaran sahsiah anak
✅ Rekod positif seperti membantu guru, penglibatan aktiviti sekolah, sikap bertanggungjawab serta laporan pemantauan warden
✅ Pengumuman dan maklumat terkini sekolah
✅ Analisis perkembangan anak
📌 Tatacara penggunaan:
1️⃣ Muat turun aplikasi Parent QR Points di Google Play Store / App Store
2️⃣ Buka aplikasi dan log masuk
3️⃣ Imbas Kod QR anak yang diberikan oleh pihak sekolah
4️⃣ Semak paparan utama, aktiviti, kehadiran dan perkembangan anak
Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat mengukuhkan kerjasama antara sekolah dan ibu bapa dalam membimbing anak-anak dari aspek akademik, sahsiah dan kemenjadian murid.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua ibu bapa.
29.07.2026
Warga SMK Agama Pahang mengalu-alukan kehadiran Cikgu ROS, Muhammad Fahmi Idham bin Musa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang akan menjalani Perantis Guru / ROS bermula 27 Julai 2026 hingga 28 Ogos 2026.
Beliau merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan yang akan menimba pengalaman, memperkukuh kemahiran pedagogi serta mengenali dunia pendidikan sebenar bersama warga sekolah.
Semoga sepanjang tempoh perantisan ini, Cikgu Fahmi Idham memperoleh pengalaman yang bermakna, ilmu yang bermanfaat serta dapat memberikan sumbangan positif dalam suasana pendidikan di SMK Agama Pahang.
Selamat datang dan selamat menjalani latihan perantisan guru. Semoga segala urusan dipermudahkan.
28.07.2026
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.
Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa anak kepada Ustaz Shahiruddin bin Ibrahim, Guru Kanan Bahasa SMK Agama Pahang, iaitu Qayyim Ajwad bin Shahiruddin (Tingkatan 4, Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Masjid Tanah, Melaka) telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.54 pagi hari ini.
Allahyarham sebelum ini merupakan mangsa kemalangan jalan raya di Solok Duku, Masjid Tanah, Melaka ketika dalam perjalanan pulang selepas menyertai pertandingan ping pong. Allahyarham telah menerima rawatan di Hospital Melaka dan berada dalam keadaan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia pada pagi ini.
Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah serta mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosanya, melimpahkan rahmat-Nya, meluaskan kuburnya, menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mengurniakan kesabaran dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan.
Semoga Allah SWT menerima segala amal kebaikannya dan mengangkat darjatnya di sisi-Nya.
Al-Fatihah.
26.06.2026
Setinggi-tinggi tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 SMK Agama Pahang:
✨ En. Ab. Rahim bin Sidek
✨ En. Shahiruddin bin Ibrahim
✨ Pn. Najah Amiroh binti Rohani
✨ Pn. Siti Norainaa binti Mohd Zaidi
✨ Pn. Faziyah binti Ismail
✨ En. Muhammad Hafizuddin bin Abd. Malek
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti dan penuh dedikasi demi kecemerlangan pendidikan.
16.07.2026
Tahniah diucapkan kepada Pn. Faziyah Binti Ismail atas Kenaikan Pangkat Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (DG12).
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang demi kecemerlangan pendidikan.
16.07.2026
Alhamdulillah, pada pagi ini telah berlangsung Perjumpaan Sulung Pengetua SMK Agama Pahang, En. Wan Harun bin Wan Ali, bersama seluruh warga sekolah.
Dalam ucapan sulung beliau, Tuan Pengetua menekankan kepentingan disiplin, pembentukan sahsiah diri, serta budaya hormat-menghormati dalam kalangan pelajar, guru dan seluruh warga sekolah. Beliau turut mengingatkan bahawa setiap murid SMK Agama Pahang perlu sentiasa menjaga nama baik sekolah melalui akhlak yang mulia, adab yang tinggi dan semangat untuk mencapai kecemerlangan.
Semoga amanat yang disampaikan menjadi panduan kepada seluruh warga SMK Agama Pahang dalam melahirkan generasi yang berilmu, berdisiplin, berakhlak dan cemerlang.
13.07.2026
Tahniah dan Syabas kepada En Wan Harun Bin Wan Ali, GPK HEM SMA Al-Hasanah Ditempatkan sebagai Pengetua SMKA Pahang berkuatkuasa pada 06 Julai 2026.
KESELAMATAN MURID DI SEKOLAH DAN ASRAMA: TANGGUNGJAWAB BERSAMA
~Ayuh bersama-sama memperkukuh budaya keselamatan dalam setiap aspek pengurusan dan kehidupan murid.~
"Sekolah Selamat, Asrama Teratur, Murid Terpelihara"
Selamat datang ke Pusat Tingkatan Enam SMK Agama Pahang! 🎉
Tahniah buat semua pelajar Semester 1 (Sesi 2026). Barisan guru bersedia untuk bantu dan bimbing anda semua.
Ayuh mulakan langkah baru dengan semangat baru dan buat yang terbaik sama-sama!
Tahniah Cikgu Noor Azwan Bin Azmi
(Guru Peneraju Generasi Digital Pahang Tahun 2026)
TAHNIAH KEPADA GURU-GURU YANG MENERIMA KENAIKKAN PANGKAT GRED DG12/DG48 KUP BERMULA JANUARI 2025.
1. AHMAD NAJIB BIN AZMI
2. NOR FAIZAH BINTI KAMARUDDIN
3. AZHAR BIN MOHAMED
Tahniah dan syabas kepada En Muhammad Hafizzuddin Bin Ab Malik atas kenaikan pangkat pemangkuan Pembantu Tadbir ke gred N2 bertempat di SMK Muadzam Shah bermula 22 Disember 2025. Insyallah beliau akan memulakan tugas di sekolah baharu pada 5 Januari 2026. Terima kasih atas khidmat cemerlang di SMKAP. Semoga terus cemerlang di sekolah baharu.
MAJLIS RINGKAS PERPINDAHAN SIR SAFEIZAL
Dimaklumkan bahawa satu majlis ringkas sempena perpindahan Sir Safiezal akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 19 Disember 2025
⏰ Masa: 8.00 pagi
📍 Tempat: Surau As Syafie
TAHNIAH untuk semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) 2024
Tahniah Ustazah Nor Azita Mamat atas kenaikan Gred Dg48(DG12) KUP mulai 15 Mei 2025. Semoga terus cemerlang.
SURAT SIARAN PERINGATAN KEPADA WARGA SEKOLAH BERHUBUNG PENJAGAAN KEBAJIKAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN MURID SEMASA MENGHADAPI CUACA PANAS DAN BERJEREBU
PERJUMPAAN KPPD DAERAH ROMPIN BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 5
03 Julai 2025(Khamis)
TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG(APC) TAHUN 2024
MUHAMAD SHUKRI BIN ABDUL GHANI
AZLIN BT MOHAMAD
NURAISURA BINTI IBRAHIM
WAN MAYZAITU WAHIDAH BINTI MAT RANI
MOHD BAHARIN BIN MD. KASSIM
MALIZAH BINTI AMAT RAMLI
LAWATAN BIMBINGAN TS25 BERSAMA IAB dan PPD ROMPIN TAHUN 2025
Tarikh: 6 Mei 2025
Hari: Selasa (2.30-4.30 PM)
Tempat: Bilik Gerakan
KEPUTUSAN SPM 2024
TAHNIAH CIKGU RAHIMAH BINTI ABD. HALIM DI ATAS KENAIKKAN PANGKAT KE DG13(KUP) BERMULA 23.02.2023
SELAMAT MENJADI WARGA SMKAP
TAHNIAH USTAZ SHAHIRUDDIN B. IBRAHIM(HAKIKI DG12) DI ATAS
PELANTIKAN SEBAGAI GURU KANAN MATA PELAJARAN BAHASA BERKUATKUASA 24 FEBRUARI 2025.
FIRST DAY AT SCHOOL
Tarikh : 17/02/2025
Hari : Isnin
Perjumpaan Tuan Hj Hassan Basri Dengan Pelajar Tingkatan 4
Tarikh : 07 Januari 2025
Masa: 8.15 Pagi
Tempat: Surau As syafie
MAKLUMAN PENAMBAHBAIKAN DI SUB MODUL CUTI: KELOMPOK PERMOHONAN CUTI TANPA REKOD (CTR) KELOMPOK BAGI CUTI UMRAH DAN CUTI CHRISTMAS EVE DI HRMIS 2.0
Penambahbaikan di HRMIS melibatkan Cuti Tanpa Rekod (CTR) Kelompok bagi jenis Cuti Umrah dan Christmas Eve. Permohonan bagi dua (2) cuti ini boleh digunakan di HRMIS bermula 1 Disember 2024.
Program : BENGKEL JAWAB JAYA MATEMATIK TAMBAHAN SPM TAHUN 2024
Tarikh : 15-16/11/2024
Hari : JUMAAT-SABTU
Tempat : MAKMAL KOMPUTER SMKAP
SESI RAMAH MESRA BERSAMA KPPK JPNP SEKTOR SAINS SOSIAL
Tarikh : 3/10/2024
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Gerakan
22 OGOS 2024(KHAMIS)
BENGKEL INTERVENSI KOMPETENSI MATEMATIK ASPIRASI GURU (KOMAG) TAHUN 2024
☎️Tarikh : 15/8/2024
⏳Hari : KHAMIS
🪟Tempat : BILIK GERAKAN SMKAP
⌚️Masa : 2.00-5.00 PM
💑 Sasaran : GURU MATEMATIK ZON MUADZAM SHAH
GOTONG ROYONG MADANI 2023
TARIKH: 09 SEPT 2023(SABTU)
TEMPAT: PERSEKITARAN SEKOLAH
PERASMIAN BULAN KEBANGSAAN DAN KARNIVAL 3R STEMINAR PERINGKAT SEKOLAH 2023
TARIKH: 02 OGOS 2023(RABU)
TEMPAT: DEWAN AL-FARABI
LAWATAN TAPAK DAN TAKLIMAT PEMBINAAN BANGUNAN TINGKATAN 6 OLEH HQ JKR, JKR KUANTAN, JKR ROMPIN, WAKIL JPN DAN PPD ROMPIN
TARIKH: 13 JUN 2023(SELASA)
MENJAWAB INSTRUMEN PENGELASAN PENDEKATAN INTERVENSI(IPP) SEKOLAH FOKUS JURANG 2023 BAGI KATEGORI BANDAR LUAR BANDAR(BLB)
TARIKH: 14 APRIL 2023
TAKLIMAT PELAJAR SEKOLAH FOKUS JURANG 2023 BAGI KATEGORI BANDAR LUAR BANDAR(BLB)
TARIKH: 14 APRIL 2023
LAWATAN TAPAK PEMBINAAN BANGUNAN TINGKATAN 6 OLEH JKR KUANTAN, JKR ROMPIN, WAKIL JPN DAN PPD ROMPIN
TARIKH: 11 APRIL 2023
PROGRAM MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA
TARIKH: 20 - 14 MAC 2023
MUKHAYYAM ILMI FASA 2
TARIKH: 06 DEC 2022
SUBJEK: PENDIDIKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH
JADUAL KEM JAWAHIR MUMTAZAH
TARIKH: 10 - 13 DEC 2022
SASARAN: PELAJAR TARGET CEMERLANG SPM 2022
JADUAL MUKHAYYAM ILMI FASA 2
TARIKH: 05 - 12 DEC 2022
SASARAN: SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5
PEPERIKSAAN PERCUBAAN AMALI SAINS
SUBJEK: FIZIK, KIMIA DAN BIOLOGI
TARIKH: 24 NOV 2022
MASA: 2.30 - 5.00 PM
TEMPAT: MAKMAL BIOLOGI
KELAS: 5 IBNU KHALDUN
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI(PKL)
TARIKH: 06 - 07 DEC 2022
SASARAN: SEMUA PELAJAR TINGKATAN 1
TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER
BENGKEL PERSIAPAN TEMUDUGA
TARIKH: 27 NOV 2022
MASA: 8.30 AM - 5.00 PM
TEMPAT: DEWAN BUDIMAN MRSM MUADZAM SHAH
ANJURAN: YAYASAN PELAJARAN MARA
SEMINAR BAHASA MELAYU
TARIKH: 05 DEC 2022
MASA: 8.00 AM
TEMPAT: DEWAN AL-FARABI SMKAP
PENCERAMAH: FAKHRUL ZAMAN BIN AHMAD(SMA AL-IHSAN)
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TUISYEN PINTAR YAYASAN PELAJARAN MARA
TARIKH: 02 DEC 2022
MASA: 9.00 AM
TEMPAT: DEWAN BUDIMAN MRSM MUADZAM SHAH
PROGRAM GURU MUDA
TINGKATAN 1 - 4
HARI: SETIAP HARI RABU
MASA: 7.00 - 7.40 AM
SUBJEK: SAINS, BAHASA INGGERIS, MATEMATIK, BAHASA ARAB, SEJARAH
MESYUARAT PROGRAM GURU MUDA
PENGERUSI: TUAN PENGETUA
KEHADIRAN:
KETUA PANITIA SAINS, BAHASA INGGERIS, MATEMATIK, BAHASA ARAB, SEJARAH
MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH
PEMAKLUMAN MURID ASRAMA PULANG BERMALAM SEMPENA PILIHANRAYA UMUM
TAKLIMAT PEMILIHAN MURID FOKUS INTERVENSI JURANG DAERAH ROMPIN TAHUN 2023
10 November 2022(Khamis)
MAKLUMAN CUTI DEEPAVALI
MESYUARAT JK PENGURUSAN BENCANA SEKOLAH
Tarikh: 17 Okt 2022(Isnin)
Masa: 2.45 - 3.15 pm
Tempat: Bilik Gerakan
MAJLIS PENETAPAN TARGET SPM 2022 &
HARI MUAFAKAT SMK AGAMA PAHANG TAHUN 2022
HARI MUAFAKAT SMK AGAMA PAHANG TAHUN 2022
CABARAN KO-KURIKULUM KADET JPJ KEBANGSAAN 2022 KAWAD KAKI (PEREMPUAN)
CABARAN KO-KURIKULUM KADET JPJ KEBANGSAAN 2022 KAWAD KAKI (LELAKI)
Taklimat pelaksanaan DCS 2022 yang akan diadakan pada :
Tarikh : 30hb Sept 2022
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 petang
Sasaran : Cikgu Tahun 6, Tingkatan 3 dan 5.
https://www.btpnsel.edu.my/2022/09/taklimat-pelaksanaan-dcs-2022/
KHIDMAT BANTU TIMSS OLEH PEGAWAI JPNP
Tarikh: 13 Sept 2022(Selasa)
SELAMAT DATANG KEPADA USTAZ JALALUDDIN BIN TAJUDDIN SEBAGAI PENGETUA SMKAP BERMULA 16 OGOS 2022. BELIAU SEBELUM INI ADALAH PENGETUA DI SM AGAMA AL-HASANAH, MUADZAM SHAH, PAHANG
3-MINUTES PdP PITCHING
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Mohon pihak sekolah mengenalpasti guru-guru sekolah tuan/puan yang mempunyai inovasi atau sesuatu yang unik dalam PdP untuk diketengahkan dalam Pertandingan 3-Minutes PdP Pitching.
Ya..hanya 3 minit sahaja masa persembahan tanpa slaid.
Tuan puan boleh merujuk contoh video berikut yang disediakan oleh pihak JPN Pahang:
1. https://www.youtube.com/watch?v=3IhjTkt6usg
2. https://www.youtube.com/watch?v=h4Gdu2rBW7U
Semua maklumat pertandingan boleh diakses melalui: https://sites.google.com/moe.gov.my/jpn-pahang/home
Jangan sia-siakan kebolehan dan bakat guru-guru kita. Jika sekolah berminat mohon hantar nama guru kepada kami selewat-lewatnya pada *19 Ogos 2022* dan minta guru berkenaan join group telegram
https://t.me/+c-0pJnA881IwYTFl
Pastikan guru-guru yang akan menyertai pertandingan masuk ke grup telegram yang disediakan oleh urusetia PPD:
https://t.me/+c-0pJnA881IwYTFl
Kami akan cuba membantu peserta dalam taklimat yang akan diadakan *pada 23 Ogos 2022.*