FEEL FREE TO VISIT MY VIDEO
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENYELARAS SPBT
Penyelaras SPBT berperanan penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Oleh itu, Guru Penyelaras SPBT ini dilantik khas oleh pihak sekolah bagi mengurus dan melaksanakan program SPBT di sekolah. Secara umumnya, tugas dan tanggungjawab Guru Penyelaras SPBT adalah seperti yang berikut :
5.1 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks
5.1.1 Menghayati, mematuhi dan melaksanakan semua arahan berkaitan dengan SPBT.
5.1.2 Mendapat dan merumuskan data enrolmen murid daripada pihak sekolah.
5.1.3 Memaklumkan status murid kepada ibu bapa / penjaga, yang tidak layak menerima SPBT; contohnya murid bukan warganegara.
5.1.4 Menjadi Setiausaha dalam Jawatankuasa Pengurusan SPBT Sekolah.
5.1.5 Melaporkan masalah berkaitan dengan SPBT kepada PK HEM untuk tindakan selanjutnya.
5.1.6 Melaksanakan aplikasi Sisteksbbt dan eMateks dalam pengurusan SPBT di sekolah.
5.2 Penentuan Keperluan Buku Teks.
5.2.1 Mendapatkan data enrolmen murid yang tepat.
5.2.2 Menyediakan permohonan keperluan buku teks SPBT dengan tepat dan benar.
5.2.3 Meyediakan senarai murid yang tidak memerlukan pinjaman buku teks SPBT.
5.2.4 Merujuk Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan tentang pembukaan dan penutupan kelas sebelum membuat pesanan buku teks.
5.2.5 Merujuk Pengetua/Guru Besar tentang penawaran mata pelajaran baharu.
5.3 Penerimaan Buku Teks.
5.3.1 Menerima dan menyemak bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar berpandukan Penyata Bekalan Buku Teks (BTBT460) dan kriteria yang ditetapkan.
5.3.2 Menerima bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar dan menandatangani SAP/Invois atau Nota Serahan.
5.3.3 Mengurus penggantian buku teks SPBT yang diterima dalam keadaan rosak daripada penerbit.
5.3.4 Memastikan bukuteks SPBT dicapkan nama sekolah, mencatatkan tarikh penerimaannya serta diberikan nombor perolehan pada ruangan yang disediakan pada buku teks SPBT.
5.4 Pengagihan Dan Pemulangan Buku Teks.
5.4.1 Menyelaras pengagihan dan pemulangan buku teks SPBT murid melalui Penyelaras Tingkatan/Tahun atau Guru Kelas.
5.4.2 Menyelaras dan menyemak pengisian Borang Rekod Pinjaman Buku Teks (Borang SPBT G)
5.4.3 Mengedar dan mengumpulkan semula Surat Akuan Pengesahan Penerimaan dan Perjanjian Penjagaan Buku Teks SPBT.
5.4.4 Mengurus penggantian buku teks yang dirosakkan/dihilangkan oleh murid.
5.5 Pengurusan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)
5.5.1 Mengurus Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)
5.5.2 Mengurus dan mengemaskini semua fail serta buku stok SPBT dari semasa ke semasa dengan kerjasama Ahli SPBT Sekolah.
5.5.3 Membuat pemeriksaan fizikal buku teks SPBT yang diterima daripada penerbit dan disimpan di BOSS serta di tangan murid dari semasa ke semasa.
5.5.4 Mengurus pelupusan buku teks SPBT dari semasa ke semasa yang ditetapkan oleh PPD/JAIN/JPN.
5.5.5 Merancang dan melaksanakan aktiviti baik pulih buku teks SPBT.
5.5.6 Memastikan buku lebih di BOSS tidak melebihi lima naskah bagi setiap judul.
5.6 Kelab SPBT.
5.6.1 Membantu Guru Penolong Kanan Kokurikulum menubuhkan Kelab SPBT, membentuk perlembagaan dan peraturan Kelab SPBT di sekolah.
5.6.2 Menjadi Guru Penasihat Kelab SPBT sekolah.
5.6.3 Membimbing pelaksanaan Kelab SPBT sekolah.