FEEL FREE TO VISIT MY VIDEO
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS.
Guru kelas berperanan memastikan pinjaman buku teks SPBT diedarkan kepada semua murid warganegara seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2007. Guru kelas wajar memupuk rasa sayang, sikap bertanggungjawab dan menghargai buku teks SPBT serta menimbulkan kesedaran tentang faedah yang diterima oleh murid melalui SPBT. Oleh itu, guru kelas mempunyai tugas dan tanggungjawab seperti yang berikut:
7.1 Bekerjasama dengan Guru Penyelaras SPBT dalam pengurusa dan pelaksanaan SPBT sekolah.
7.2 Menganggotai Jawatankuasa SPBT Sekolah.
7.3 Menyediakan senarai nama murid mengikut kelas.
7.4 Mengagih atau mengumpul semula buku teks SPBT kepada/daripada murid.
7.5 Mengisi borang SPBT G dan mendapatkan pengesahan penerimaan dan pemulangan buku teks SPBT daripada murid.
7.6 Memastikan murid melengkapkan maklumat diri di ruangan yang disediakan pada cap SPBT dalam buku teks SPBT.
7.7 Memaklumkan kepada murid tentang peraturan pinjaman dan tatacara penjagaan buku teks SPBT.
7.8 Mengurus dan mendapatkan penggantian semula buku teks SPBT yang dihilangkan/dirosakkan oleh murid daripada ibu bapa dan penjaga.