FEEL FREE TO VISIT MY VIDEO
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MURID
Dalam pelaksanaan SPBT di sekolah, kesedaran dalam kalangan murid untuk menghargai bantuan yang diberikan kepada mereka adalah amat penting. Mereka seharusnya dipupuk dengan rasa kesedaran atas sumbangan yang disediakan oleh kerajaan dalam pendidikan mereka. Oleh itu, murid mempunyai peranan dan tanggungjawab seperti berikut:
9.1 Menghargai sumbangan kerajaan.
9.2 Mengisi maklumat diri yang lengkap sebagai peminjam di ruangan yang disediakan pada kulit bahagian dalam buki teks SPBT.
9.3 Bertanggungjawab dan sayang akan buku teks SPBT dengan cara:
9.3.1 Menjaga kebersihan dan keselamatan buku teks SPBT.
9.3.2 Memulangkan buku teks SPBT yang dipinjam pada masa yang ditetapkan.
9.3.3 Menggantikan buku teks SPBT yang dihilangkan / dirosakkan.
9.3.4 Membalut buku teks SPBT dengan pembalut yang sesuai seperti plastik lutsinar.
9.3.5 Membaik pulih buku teks SPBT yang koyak atau rosak.
9.3.6 Memastikan buku teks SPBT tidam diconteng, ditulis, dikoyak, digunting atau sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan.
9.3.7 Memastikan semua buku teks SPBT dibawa pulang pada setiap hari selepas sesi persekolahan berakhir.
9.4 Murid digalakkan menjadi ahli Kelab SPBT.
9.5 Mengikuti setiap aktiviti kelab secara aktif.
9.6 Mematuhi perlembagaan dan peraturan kelab.