FEEL FREE TO VISIT MY VIDEO
1. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGETUA/GURU BESAR.
Pengetua/Guru Besar merupakan pemegang akauntabiliti dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT peringkat sekolah. Mereka merupakan pelaksana utama dasar-dasar berkaitan SPBT di sekolah. Pemahaman dan penghayatan tentang dasar serta pengurusan SPBT di sekolah harus dipertingkat demi memastikan pengurusan dan pelaksanaan SPBT di sekolah menepati tujuan program SPBT.
Pengetua/ Guru Besar hendaklah menimbulkan kesedaran dan rasa tanggungjawab terhadap pengurusan dan pelaksanaan SPBT kepada semua guru, staf sokongan sekolah, murid ibu bapa atau penjaga.
Dalam mengurus dan melaksanakan program SPBT di sekolah, Pengetua/Guru Besar mempunyai tugas dan tanggungjawab seperti yang berikut:
1.1 Mengadakan semua kemudahan yang diperlukan di sekolah seperti Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS) serta kelengkapan, fail, buku stok, cap SPBT, borang-borang maklumat yang berkaitan dan bantuan perkeranian.(Sila rujuk – Surat Arahan Pentadbiran KP.BT.8945/Jld.29(69) bertarikh 23 September 2008).
1.2 Menubuhkan jawatankuasa SPBT Sekolah yang dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar dan dianggotai oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM), Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Ketua Bidang, Panitia Mata Pelajaran, Guru Penyelaras SPBT, Guru Penyelaras Tahun/Tingkatan serta guru kelas.
1.3 Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa SPBT sekolah atau diwakilkan kepada Timbalan Pengerusi. Antara agenda mesyuarat termasuklah:
1.3.1 Penetapan peraturan penjagaan buku teks SPBT
1.3.2 Penyelarasan tindakan bagi salah laku disiplin SPBT selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) yang dikeluarkan oleh KPM
1.3.3 Pembukaan/Penutupan kelas dan perubahan enrolmen murid perlu diambil kira sebelum membuat pesanan buku teks SPBT.
1.3.4 Pemilihan dan penawaran mata pelajaran sebelum membuat pesanan buku teks SPBT.
1.4 Bertanggungjawab terhadap ketetapan dan kesahihan semua data dan maklumat berkaitan dengan SPBT.
1.5 Menentukan pembukaan kelas/mata pelajaran baru sebelum membuat pesanan buku teks SPBT.
1.6 Melantik Guru Penyelaras SPBT dan Guru SPBT yang berdedikasi dan bertanggungjawab.
1.7 Memastikan maklumat tentang SPBT disampaikan kepada semua guru, murid, dan ibu bapa/penjaga dari semasa ke semasa.
1.8 Memastikan borang maklumat murid (BMM) diproses dengan betul dan saksama.
1.9 Memastikan ibu bapa/penjaga dimaklumkan status kelayakan SPBT murid, khususnya untuk murid yang bukan warganegara.
1.10 Menerima bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar dan menandatangani Nota Serahan/Sijil Akuan Penerimaan(SAP)/Invois setelah memastikan judul dan bilangan naskah buku menepati Penyata Bekalan Buku Teks (BTBT460).
1.11 Menurunkan surat penurunan kuasa penerimaan buku teks SPBT kepada guru bertugas atau Pembantu Tadbir sekolah bagi tujuan penerimaan buku teks SPBT daripada penerbit atau wakil pengedar semasa ketiadaan pihak Pentadbir Sekolah dan Guru Penyelaras SPBT.
1.12 Memastikan Nota Serahan/SAP/Invois dikembalikan kepada penerbit/pengedar dengan kadar segera.
1.13 Memastikan pelupusan buku teks SPBT dibuat dari semasa ke semasa.
1.14 Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap teguran dan laporan berhubung dengan SPBT.
1.15 Bekerjasama dengan JPN/JAIN/PPD mengenai pengurusan dan pelaksanaan SPBT di sekolah.
1.16 Memastikan penubuhan dan pelaksanaan Kelab SPBT di sekolah, berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM.
1.17 Menggalakkan penubuhan pengawas SPBT.
1.18 Memastikan buku teks SPBT digunakan secara optimum dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).
1.19 Mengesahkan buku stok SPBT pada 31 Disember setiap tahun.