PENGURUSAN PSS
PENGURUSAN PSS
JAWATANKUASA PSS
Pengerusi : Pn Suzzana binti Md Saad (Guru Besar)
Timb. Pengerusi : En. Mohamad Nazri bin Basirun (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 1 : Pn Rokiah binti Mahidin (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : En Mohd Khairul Nizam bin Hazari (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3 : Pn Siti Salwani binti Abdullah (GPK Pendidikan Khas)
Setiausaha : Pn Che Suriani binti Romli
Penolong Setiausaha : Pn Norfarahin binti Izahar
Ahli Jawatankuasa : Pn Kalaichelvi a/p Selvam
Pn Jayanthi a/p Muni Retenam
Pn Anzalina binti Abdul Majid
En Nazri bin Abd Ghoni
Pn Normahfuzah binti Abd Rahim
Pn Roozana binti Thori
Pn Azlinda binti Ismail
En Amir bin Othman
Pn Basyirah binti Mohamed Hilmi
Guru Kelas
KLIK PADA PAUTAN DI BAWAH (sesi 2023/2024)
MAKLUMAN TERKINI
*Program Susu Sekolah/ Rancangan Makanan Tambahan*
6 FEBRUARI 2024
*PERINGATAN MESRA TATACARA PENGURUSAN PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS) SEMASA CUTI PENGGAL KETIGA PERSEKOLAHAN*
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah melalui Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu ingin menarik perhatian serta peringatan berkenaan tatacara pengurusan Program Susu Sekolah (PSS) semasa cuti panjang (cuti Penggal Ketiga Persekolahan) bagi memastikan keselamatan susu tersebut agar dapat kawal supaya tidak rosak dan terhindar daripada gangguan makhluk perosak seperti di bawah;
1. Sekiranya stok susu masih ada pada esok hari (07 Februari 2024), sila pastikan stok susu tersebut *TIDAK* dihabiskan, sebaliknya stok tersebut di bawa ke hadapan (Mac nanti).
2. Sila pastikan *TIADA* pemberian susu untuk dibawa balik sepanjang cuti persekolahan ini.
3. Sila pastikan susu bagi murid Tahun 6 yang akan naik Tingkatan 1 berakhir pada *07/02/2024.*
4. Bagi stok yang ada, dibawa ke hadapan pada sesi persekolahan bulan Mac untuk digunakan oleh senarai baharu murid RMT Tahun 2 hingga Tahun 6 sesi persekolahan tahun 2024/2025 nanti.
5. Stok baharu sebanyak 26 kotak akan dihantar ke sekolah-sekolah dalam waktu cuti nanti, stok baharu dan stok tersedia di sekolah akan diguna bersekali untuk sesi akan datang dengan aturan masuk dahulu, keluar dahulu _(first in first out)._
Kerjasama Tuan-tuan dan Puan-puan Rakan Guru Penolong Kanan HEM Sekolah-sekolah DKBB amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
*KHAIRUL IMRAN BIN ABD RAHIM*
PEN PPD PPP HEM PPD KBB
06 FEBRUARI 2024
s.k Guru Besar sekolah-sekolah DKBB
Tarikh makluman :11/12/2023
Program susu sekolah diteruskan pada tahun ini walaupun bilangan hari pembekalan RMT telah mencapai 190 hari.
Edaran susu berperisa coklat yang bermula *10 Disember* diteruskan secara berselang seli dengan susu putih.
Stok susu yang telah dihantar ke sekolah adalah untuk digunakan sehingga Januari 2024. Pastikan Stok susu disimpan ditempat yang selamat sepanjang 2 minggu cuti persekolahan.
RMT dan PSS akan bermula pada hari pertama persekolahan 2024.
Sebarang permasalahan hendaklah dikemukakan kepada Pen PPD masing-masing dan Pen PPD akan sampaikan kepada saya jika tidak dapat diselesaikan di peringkat PPD.
Lawatan untuk meninjau keadaan stor susu, pengurusan fail, dan pengurusan stok susu akan dijalankan sepanjang cuti persekolahan di sekolah sekolah secara rawak.
Sila pastikan sekolah telah mengemaskini link KWK RMT apabila selesai pembayaran RMT bulan Disember 2023. Data ini penting untuk mengira jumlah keperluan RMT tahun 2024 disekolah-sekolah negeri Kedah.
Waran RMT/PSS akan diturunkan pada bulan Januari 2024.
sekian, terima kasih.
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PROGRAM SUSU SEKOLAH :
1. Mesyuarat di peringkat sekolah (sekurang-kurangnya dua kali setahun)
2. Pemilihan murid layak terima (mengikut tahun semasa) dan mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga
3. Memastikan tempat penyimpanan selamat dan sesuai.
4. Memastikan bekalan susu tahun semasa habis diminum. Bekalan tahun semasa tidak dibenarkan dibawa ke
tahun berikutnya.
5. Memastikan pengurusan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
6. Memastikan murid membawa pulang susu ke rumah sekiranya berlaku situasi- situasi seperti berikut:
6.1 Kelas ditutup
6.2 Sekolah ditutup (akibat bencana / pandemik)
7. Memastikan murid beragama Islam membawa pulang susu ke rumah setiap hari persekolahan sepanjang bulan
Ramadhan.
8. Memastikan bekalan susu bagi murid yang tidak hadir sekolah disimpan dan diagihkan kepada murid berkenaan
setelah murid hadir.
9 Merekodkan dan melengkapkan penerimaan PSS oleh murid
10 Pastikan catatan penerimaan dilengkapkan dalam Buku Laporan Program Susu Sekolah (Buku Log).
11 Memberi galakan murid yang mengikuti program PSS untuk minum susu