PENGURUSAN 3K
PENGURUSAN 3K
PAUTAN
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA 3K
Membantu pihak sekolah mengawal dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dari masa ke semasa.
2. Merancang berbagai-bagai program 3K peringkat sekolah dan menyediakan anggaran perbelanjaan keseluruhan.
3. Menyediakan kertas cadangan projek atau aktiviti 3K (Rancangan Jangka panjang dan Rancangan Jangka Pendek)
4. Melibatkan semua warga sekolah dalam aktiviti atau projek yang dijalankan.
5. Membuat pemantauan pelaksanaan aktiviti atau projek 3K.
6. Mengadakan program bersama antara sekolah dengan pihak luar seperti PIBG bagi mempertingkatkan mutu
kebersihan sekolah.
7. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan keceriaan.
8. Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan Konsep Sekolah Selamat.
9. Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan ciri-ciri keselamatan di kawasan sekolah seperti pemeriksaan berkala alat
pemadam api, peralatan elektrik, pili pemadam api, laluan keselamatan dan lain-lain.
10. Bertanggungjawab menggubal dan mempamerkan Peraturan dan Pelan Latihan Kebakaran dan Kecemasan di
papan kenyataan dan bilik-bilik darjah.
11. Merancang dan melaksanakan latihan kebakaran 2 kali setahun.
20/07/2023 : LATIHAN KEBAKARAN 1 SESI 2023/2024
PROGRAM HARI TANPA TEMBAKAU
10/08/2023 : PROGRAM S2H ANJURAN UNIT 3K DAN KELAB DOKTOR MUDA
12-15/9/2023 -:PROGRAM KARNIVAL PEMBUDAYAAN 3K@ABC PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023 PADA 12 HINGGA
15 SEPTEMBER 2023
MAKLUMAN TERKINI
Taklimat berkaitan Gotong Royong Madani 2 telah dijalankan pada 30/11/2023 jam 10.00 pagi oleh JN Kedah dan dihadiri oleh GB, GPK HEM dan YDP PIBG Dr Rashidah.
Waran peruntukan yang diterima Sekolah Air Merah ialah sebanyak RM 5800.00
Kementerian Ekonomi telah meluluskan projek Penyelenggaraan dan Baik Pulih Kemudahan Sekolah dan Kemudahan Institusi Pendidikan untuk dilaksanakan sebagai Program Gotong Royong di Sekolah oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bertarikh 17 Oktober 2023.
Peruntukan yang diterima hanya boleh dibelanjakan untuk :
Peralatan dan bahan pembersihan
Peralatan pembaikan atau penyelenggaraan kecil
Bahan dan peralatan mengecat
Makan dan minum (maksimum 20% daripada peruntukan )
Keperluan lain yang berkaitan
Peruntukan khas disalurkan terus ke akaun PIBG dan peruntukan one-off ini perlu dibelanjakan mengikut tatacara dan peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.
Skop aktiviti- pembaikan kecil di sekolah serta kebersihan dan keceriaan sekolah
Tujuan : mengeratkan kerjasama antara sekolah dengan komuniti dan membudayakan akviti gotong royong
Tempoh perlaksanaan adalah pada 1 Disember 2023 hingga 30 Jun 2024 dan sebaiknya dilaksanakan pada hari Sabtu yang dibenarkan mengikut budi bicara GB.
Pihak sekolah tidak digalakkan untuk melaksanakan gotong royong pada hari Sabtu Minggu 1,3 dan 5.
Kumpulan sasaran ialah semua guru, murid tahap 2 sahaja dan ibu bapa/waris.
Pihak sekolah dengan persetujuan AJK PIBG bersetuju untuk menjalankan program gotong-royong MadanifASA 2 ini pada 21 April 2023.
PIBG perlu bekerjasama dengan sekolah dalam aspek tenaga, sumber kewangan, nasihat dan bantuan kepakaran.
Sekolah/PIBG perlu mengemukakan laporan kewangan dan pelaksanaan
program menggunakan Lampiran 1 (i) dan Lampiran 1 (ii) dengan menyertakan laporan bergambar sebelum dan selepas
pelaksanaan program kepada JPN/PPD.