BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)
MAKLUMAN
19/1/2023
Waran peruntukan BAP berjumlah RM142950.00 diterima pihak sekolah pada 11 Januari 2024 untuk 953 orang murid sahaja .
Waran ini tidak mencukupi seorang murid memandangkan jumlah murid yang sepatutnya menerima BAP ialah 955 orang.
Pihak sekolah perlu memohon BAP tambahan bagi EMPAT orang murid sebelum April 2024. Murid yang perlu dipohon BAP tambahan ialah Inas binti Ihsan kelas 2 Minat dan Nur Lailatul Amalin Binti Mohd Abdul Hamid (3 MInat),
MUHAMMAD RAYYAN RIZQIN BIN MOHAMAD SHAFIQ BAHAR 4 MINAT DAN NUR ARIFAH QAISARA BINTI MOHAMAD SHAFIQ BAHAR 3 MINAT..UNTUK PERMOHONAN TAMBAHAN MENJADIKAN JUMLAH SERAMAI 4 ORANG
dan peruntukan tambahan yang perlu dipohon ialah RM300.00
2 orang murid bukan warganegara tidak akan menerima BAP 2024
a) Nur Damia Izzati 2 Mantap
b) Nur Qaireen Anisa Binti Mohd Zairi (5 Minat)
18/1/2024
pautan / link KEMASKINI TARIKH & PRESTASI AGIHAN BAP 2024
https://mylink.la/hembantuanjpnk
Terdapat penambahbaikan dalam Google Sheet Pemantauan Prestasi Agihan pada column Tarikh Agihan:
1. *Warna Jingga*: Tarikh sebelum Hari Ini
2. *Warna Biru*: Tarikh Hari Ini
3. *Warna Hijau*: Tarikh selepas Hari Ini
4. Hanya Sekolah Berstatus *BELUM* sahaja yang akan dipaparkan.
4/12/2023 (Mesyuarat HEM 3)
Taklimat berkaitan BAP 2024 telah dijalankan pada 4 Disember 2023 , masa 9.30 -11.30 pagi
29/3/2023 (Mesyuarat HEM 2)
Pihak sekolah menerima waran peruntukan BAP sebanyak RM23,850.00 . Jumlah peruntukan BAP Fasa 2 termasuk Fasa 1 ialah sebanyak RM 25050.00. Peruntukan RM 25050.00 ini diagihkan kepada 159 murid penerima BAP TAHUN 1 SESI 2023/2024 yang layak secara tunai. Semua agihan telah dilakukan oleh Unit BAP pada 29 Mac 2023 dan baki peruntukan yang tinggal ialah RM1020.00
14/3/2023 (Mesyuarat HEM 1)
Pihak sekolah menerima waran peruntukan BAP sebanyak RM 144,600.00. Peruntukan telah diagihkan secara tunai kepada 956 orang murid tahun 2 hingga 6 SESI 2023/2024 berjumlah RM 143400.00 Bagi murid Tahun 1 tarikh penyerahan akan dimaklumkan nanti.Baki lebihan peruntukan ialah sebanyak RM1200.00 disimpan untuk diagihkan kepada murid-murid tahun1 sesi 2023/2024.
Isi kandungan taklimat
SPK Bil. 2 Tahun 2023 menggantikan SPK Bil. 20 Tahun 2020
Menggariskan peraturan serta tatacara Pengurusan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) iaitu
Syarat-syarat penerimaan BAP
Murid warganegara Malaysia – perlu dibuktikan dengan sijil lahir/MyKID/MyKAD atau apa-apa dokumen pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia. Murid bukan warganegara Malaysia tidak akan menerima BAP 2024.
Murid tahun 1 hingga 6 sesi 2024/2025
Tiada penetapan had pendapatan untuk agihan BAP tahun 2024
Agihan kepada murid perlu dibuat dalam tempoh 30 hari daripada tarikh Surat Makluman Penyaluran Peruntukan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan (BKew), KPM
BAP yang telah diagihkan tidak perlu dikutip semula jika murid berpindah ke sekolah yang bukan di bawah seliaan KPM
Bahagian kewangan hanya memberikan jumlah murid berdasarkan cerapan data daripada sistem APDM yang dibuat oleh pihak sekolah sebelum 30 November 2023.
Sekiranya murid yang layak tidak tersenarai, pihak sekolah boleh memohon peruntukan tambahan BAP.
Pengagihan BAP tanpa sebarang pemotongan kepada murid boleh dibuat melalui kaedah tunai atau pengkreditan dari akaun KWK Sekolah ke akaun bank murid. Pihak Sekolah Kebangsaan Air Merah memutuskan untuk melakukan pengagihan secara tunai kepada ibu bapa/ waris mengikut tatacara yang ditetapkan.
Pengagihan Fasa 1 dirancang untuk dilakukan kepada murid tahun 2 hingga 6
Kadar BAP semasa RM150.00
Pastikan ibu bapa/penjaga tandatangan akuan penerimaan/penolakan BAP, disaksikan oleh sekurang-kurangnya seorang guru. Bagi sekolah menengah, murid boleh tandatangan akuan. Failkan Borang B3 dan dokumen bayaran di sekolah untuk tujuan audit.
Kemukakan permohonan tambahan BAP kepada PPD (jika perlu). Selewat-lewatnya 30 April tahun semasa .
Pulangkan lebihan peruntukan BAP kepada KPM melalui cek atau secara EFT. Sekiranya cek atas nama Akauntan Negara Malaysia-KPM-T selewatnya 31 Julai 2023 tahun semasa .
Pemberian BAP 2024 tidak tertakluk kepada had pendapatan ibu bapa/penjaga. Sekolah TIDAK PERLU:
❖ Edar Borang PB1 dan Borang PB2; dan
❖ Bersidang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah (JBPS) bagi memilih dan memperakukan murid yang l layak terima BAP.
Sekiranya murid berpindah sekolah Sekolah perlu cap “MURID INI TELAH DIBAYAR BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2024” dalam borang pindah/tamat sekolah atau sediakan surat pengesahan penerimaan BAP tahun semasa.
Sekolah baharu bertanggungjawab untuk menyemak status agihan BAP ke atas murid yang berpindah masuk dan memohon peruntukan tambahan bagi tujuan agihan BAP (jika perlu) sekiranya murid belum menerima BAP di Sekolah terdahulu.
Murid Tahun 6 perlu diagihkan wang BAP semasa di rendah. Sekiranya murid tidak menerima wang BAP semasa di sekolah rendah, murid boleh membuat tuntutan di sekolah menengah.
GALERI BAP SK AIR MERAH