PENGURUSAN DISIPLIN DAN PENGAWAS SEKOLAH
PENGURUSAN DISIPLIN DAN PENGAWAS SEKOLAH
JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN
1. Membantu Guru Besar / GPK HEM dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
2. Meningkatkan tahap disiplin sekolah dengan memberi idea dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal Peraturan Sekolah.
3. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar peraturan- peraturan dan tatatertib dan salahlaku.
4. Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah disiplin dan merujuk kes-kes tersebut kepada Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling untuk tindakan selanjutnya.
5. Menyelaras dan menyediakan rekod displin dan laporan pelajar.
6. Memastikan kesalahan dan sahsiah terpuji murid di dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) direkodkan oleh semua guru dan kakitangan sekolah berdasarkan ketetapan.
7, Membincangkan masalah kebajikan pelajar terbabit bertujuan mencari jalan memperbaiki kelakuan negatif pelajar berkenaan.
8. Mengadakan mesyuarat dan minit mesyuarat Unit Disiplin sekurang-kurangnya tiga kali setahun .
9. Mengenalpasti murid-murid yang kerap tidak hadir ke sekolah dan mengambil tindakan susulan , termasuk kes murid yang datang lewat ke sekolah.
10. Menjalankan mesyuarat berhubung kes salahlaku pelajar yang boleh membawa hukuman rotan, gantung sekolah dan diberhentikan sekolah
11. Membincangkan kes-kes disiplin yang berat sebelum keputusan muktamad diambil ke atas pelajar yang terbabit.
12. Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan pas kebenaran keluar kelas.
13. Menjalankan pemeriksaan mengejut dan tugas-tugas lain yang diperlukan dari semasa ke semasa.
14. Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari guru, ibu bapa serta pelajar mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.
15. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni di kalangan pelajar
16. Menjalankan tugas lain yang diarah oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
SURAT PEKELILING IKHTISAS
SPI BIL 12 DAN 13/2023 - PELAKSANAAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN BULI DI INSTITUT KPM
SPI BIL 13/2023 - PELAKSANAAN GARIS PANDUAN GANGGUAN SEKSUAL DI INSTITUT KPM
SPI BIL 9/2023 - GARIS PANDUAN LAWATAN MURID SEKOLAH