Hari ini 4 September 2022, setelah usia menginjak lebih 41 tahun, aku rasakan mahu mula menulis dalam sebuah platform yang lebih santai. Tulisan yang ingin dikongsi kepada sesiapa sahaja yang ingin dan berminat membaca. Tiada fokus topik, tetapi terbuka untuk dicoretkan sebarang yang ingin ditulis. Pastinya sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada semua pembaca secara langsung atau tidak langsung. Inilah harapannya.
Selama ini, perkongsian penulisan hanyalah kearah dalam jurnal-jurnal akademik yang pastinya hanya menarik sebahagian kecil pembaca dalam bidang kajian yang sama. Namun, hari ini terasa kepentingan untuk menulis sesuatu yang diluar bidang kebiasaan.
Hakikatnya, laman sesawang ini juga diwujudkan juga dalam masa yang amat singkat, mengambil inspirasi drpt Dr. Fawnizu, seorang pensyarah di UTP yang sangat hebat. Terima kasih Dr. Fawnizu kerana sudi berkongsi website beliau untuk dicontohi.
Jadi, alang-alang mempunyai website sendiri, lalu diambil keputusan untuk wujudkan section khas ini bagi berkongsi pendapat, pemikiran dan idea berkaitan topik-topik yang ingin dikongsi. Harapnya aku mampu istiqamah dalam menulis...kerana ini bukan sesuatu yang mudah.
Nantikan penulisan yang seterusnya...
Sekian untuk kali ini...sekadar coretan ringkas
10.50 malam@MPRH