Dalam era Revolusi Industri 4.0, seni khat bukan lagi terhad kepada penulisan tangan menggunakan dakwat dan kertas semata-mata. Kini, pelbagai teknologi dan perisian moden digunakan untuk menghasilkan karya khat yang lebih kreatif, interaktif dan sesuai dengan kehendak digital.
Teknologi membantu mempercepatkan proses penghasilan khat, mempelbagaikan gaya tulisan, serta memudahkan perkongsian karya kepada khalayak di seluruh dunia secara atas talian.
📌 Aplikasi & Perisian Popular untuk Khat Digital
Perisian grafik vektor profesional yang digunakan untuk menghasilkan khat digital dalam bentuk vector art.
Mempunyai fungsi Pen Tool, Brush Tool, dan Type Tool yang membolehkan penulis khat mencipta huruf Arab secara fleksibel.
Hasil tulisan boleh diperbesar tanpa pecah kerana format vektor.
Sesuai untuk reka bentuk logo khat, poster, banner dan ilustrasi digital.
Aplikasi lukisan digital eksklusif untuk iPad, popular dalam kalangan pelukis khat digital.
Mempunyai pelbagai jenis brush calligraphy dan boleh cipta brush sendiri mengikut gaya khat seperti Riq‘ah, Nasakh, Thuluth dan Diwani.
Menyokong fungsi pressure sensitivity yang menghasilkan tulisan seakan-akan tulisan tangan sebenar.
Aplikasi percuma untuk Android dan iOS, sesuai bagi pelajar dan pemula.
Terdapat banyak brush percuma dan berbayar untuk khat digital.
Fungsi calligraphy pen dan Arabic font memudahkan penghasilan tulisan khat digital terus dari telefon pintar.
Laman web untuk mencipta font tulisan tangan termasuk khat.
Pengguna boleh menulis huruf-huruf Arab menggunakan template khas, kemudian upload ke Calligraphr untuk dijadikan font digital.
Sesuai untuk mencipta font khat Riq‘ah atau Nasakh digital sendiri.