“Seni khat bukan sekadar tulisan, tetapi suara hati yang indah diabadikan dalam setiap lengkungan huruf.”
Seni khat merupakan warisan Islam yang sangat berharga, bukan sahaja dari aspek estetika, tetapi juga sebagai medium dakwah dan penyebaran ilmu.
Dalam era Revolusi Industri 4.0, seni khat terus berkembang melalui penggunaan teknologi digital seperti Adobe Illustrator, Procreate, dan pelbagai aplikasi khat lain.
Penulisan khat Riq‘ah yang ringkas dan moden menjadikan ia sesuai untuk kegunaan harian dan dalam pelbagai platform digital.
Kecanggihan teknologi membantu mempercepatkan proses penghasilan, mempelbagaikan gaya khat, serta memudahkan karya dikongsi secara global.
Diharapkan seni khat digital dapat terus dipelajari, dihargai dan dipelihara oleh generasi muda agar tidak pupus ditelan zaman.
Institusi pendidikan dan badan kebudayaan disaran memperbanyakkan bengkel serta kursus khat digital untuk menarik minat pelajar dan masyarakat.
Penghasilan lebih banyak aplikasi tempatan khusus untuk seni khat digital dalam bahasa Melayu dan Arab.
Seni khat digital diharap menjadi medium baharu dalam dakwah digital, menyampaikan mesej Islam secara kreatif dan interaktif.
Semoga seni khat terus menjadi warisan berharga yang seiring dengan kemajuan teknologi tanpa meninggalkan nilai-nilai tradisionalnya.