KAEDAH PENULISAN KHAT NASAKH
✨ “Seni tulisan bukan sekadar aksara, ia adalah doa dan seni hati.”
✨ “Seni tulisan bukan sekadar aksara, ia adalah doa dan seni hati.”
"Tahukah anda? Khat Nasakh ialah tulisan paling banyak digunakan dalam al-Quran sejak berabad lalu!"
خط نسخ اياله انتارا ڬاي توليسن ڤاليڠ ڤوڤولر دالم دنيا اسلام. اي تركنل دڠن بنتوقڽ يڠ كمس، جلس، دان موده دباچ، تراوتماڽ دالم ڤنوليسن القرءان. اياڽ ديناماكن خط نسخ كران توليسنڽ دڬوناكن اونتوق مناسخهكن اتاو ممبوكوكن القرءان سرتا ڤلباڬاي نسخه علميه يڠ لاين سجق دري كورون ڤرتام هجرة لاڬي.
________________________________________
Khat Nasakh ialah antara gaya tulisan paling popular dalam dunia Islam. Ia terkenal dengan bentuknya yang kemas, jelas, dan mudah dibaca, terutamanya dalam penulisan al-Quran. Ianya dinamakan Khat Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Qur'an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi.
Garisan huruf yang bulat dan seimbang.
Huruf-huruf bersambung dengan aturan yang kemas.
Saiz huruf yang seragam dan teratur.
Sesuai untuk penulisan rasmi dan kitab suci.
📋 Kegunaan Khat Nasakh
القرءان
كتاب فقه
سورت راسمي
ڤراسستي & مانوسكريڤ
KAEDAH PENULISAN KHAT NASAKH :
Pen khat / Qalam buluh
Dakwat hitam / warna
Kertas licin & tidak terlalu nipis
Pembaris & pensel (untuk garisan panduan)
Pelajari bentuk huruf tunggal (alif, ba, ta…)
Lihat perbezaan bentuk huruf di awal, tengah dan akhir perkataan
Lukis garisan mendatar halus dengan pensel
Tulis huruf mengikut garis baseline supaya tulisan seimbang
Gabungkan huruf menjadi perkataan mudah
Contoh: بسم , الله
Pastikan jarak huruf sekata
Huruf bulat seperti م dan و sama besar
Tanda baris diletakkan jelas
Ulang tulis perkataan dan ayat pendek
Contoh: الحمد لله, السلام عليكم
📌 Perkataan Nasakh bermaksud ‘menyalin’. Tulisan ini sangat popular sejak zaman khalifah Abbasiyah hingga kini.