خط مروڤاكن ڤركاتان عرب يڠ برمقصود ڬاريسن كران سني خط برمقصود ڬاريسن اينده يڠ ممبنتوق توليسن. اي جوڬ برمقصود توليسن-توليسن ﴿كتابه﴾ يڠ تريكت دڠن ڤراتورن دان قاعده يڠ تله دكاجي دان دتنتوكن اوليه مريك يڠ ترليبت دڠن كماجوان سني.
سني خط مروڤاكن ساله ساتو چابڠ سني كاليڬرافي اسلام يڠ مڠڬوناكن توليسن جاوي سباڬاي ميديوم اوتام. اي بوكن سقدر توليسن بياسا، تتاڤي سبواه كاريا سني يڠ مڠڬمبركن كايندهن بوديا اسلام دان كتليتيان سنيڽ. دالم سجاره اسلام، سني خط مماءينكن ڤرانن ڤنتيڠ سباڬاي ميديوم ڤڽيبارن علمو، خصوصڽ دالم ڤنوليسن القرءان، كتاب-كتاب اڬام، دان دوكومن راسمي. د مليسيا، سني خط ماسيه اوتوه سباڬاي واريثن ملايو-اسلام يڠ ڤرلو دڤليهارا.
سإيريڠ ڤركمبڠن تيكنولوڬي دالم ايرا ريۏولوسي ايندوستري 4.0، سني خط توروت مڠالمي ترنسفورماسي. كوجودن ڤرايسين دان اڤليكسي ديڬيتل تله ممبوك رواڠ بهارو دالم ممرتبتكن سني خط ك ڤريڠكت ڬلوبال. منروسي بلوڬ اين، ڤمباچ اكن دددهكن دڠن ڤندوان اساس ڤنوليسن خط، قاعده تراديسيونال، دان اينوۏاسي ديڬيتل يڠ سداڠ بركمبڠ ڤسات.
Khat merupakan perkataan Arab yang bermaksud garisan kerana seni khat bermaksud garisan indah yang membentuk tulisan. Ia juga bermaksud tulisan-tulisan (kitabah) yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni.
Seni khat merupakan salah satu cabang seni kaligrafi Islam yang menggunakan tulisan Jawi sebagai medium utama. Ia bukan sekadar tulisan biasa, tetapi sebuah karya seni yang menggambarkan keindahan budaya Islam dan ketelitian seninya. Dalam sejarah Islam, seni khat memainkan peranan penting sebagai medium penyebaran ilmu, khususnya dalam penulisan al-Quran, kitab-kitab agama, dan dokumen rasmi. Di Malaysia, seni khat masih utuh sebagai warisan Melayu-Islam yang perlu dipelihara.
Seiring perkembangan teknologi dalam era Revolusi Industri 4.0, seni khat turut mengalami transformasi. Kewujudan perisian dan aplikasi digital telah membuka ruang baharu dalam memartabatkan seni khat ke peringkat global. Menerusi blog ini, pembaca akan didedahkan dengan panduan asas penulisan khat, kaedah tradisional, dan inovasi digital yang sedang berkembang pesat.
KEPENTINGAN SENI KHAT DALAM BUDAYA DAN SEJARAH