SELAMAT DATANG KE HALAMAN PEMBELAJARAN REKA BENTUK ELEKTRIK TINGKATAN 2
Analisis Elemen Sistem Elektrik pada Gajet yang akan dihasilkan
satu aktiviti analisis elemen sistem elektrik dilakukan pada sumber, medium, beban dan kawalan dalam litar elektrik
suis mikro digunakan dalam litar ini sebagai elemen kawalan
penyambungan wayar dilakukan pada terminal COM dan terminal NC yang terdapat pada suis mikro
suis mikro bertindak sebagai suis tekan buka
mentol pada litar menyala apabila tuil suis mikro dilepaskan
mentol terpadam apabila tuil suis mikro ditekan
Litar bergambar ini juga tidak mengambil kira saiz dan kepanjangan wayar yang diletakkan dalam almari pakaian
rajah ini ialah contoh litar bergambar yang diterjemahkan daripada litar skematik yang ditunjukkan.
Litar bergambar ini merupakan litar asas yang hanya memberikan gambaran awal sebelum litar bergambar sebenar dibuat.